Album patriotik pelbagai bahasa #tonggaknegara dilancar

Album patriotik pelbagai bahasa #tonggaknegara dilancar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Album patriotik pelbagai bahasa #tonggaknegara dilancar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Album patriotik pelbagai bahasa #tonggaknegara dilancar
link : Album patriotik pelbagai bahasa #tonggaknegara dilancar

Baca juga


Album patriotik pelbagai bahasa #tonggaknegara dilancar

RAKYAT teguh bersatu, Tinggi martabatnya…. Kukuh perpaduannya, Harmoni, Duniawi ukhrawi….” Begitulah bait-bait lagu dalam album patriotik terbitan TheRakyat, #tonggaknegara, yang dilancarkan hari ini.

Album yang dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak itu menampilkan lapan buah lagu dalam lapan bahasa yang berbeza, mewakili pelbagai masyarakat di negara ini termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Hokkien dan bahasa tempatan yang digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penyanyinya termasuk Jaclyn Victor, Zazrina Zainuddin, Audra Pearl Justine, Ravi Sharma, Leonard Lai Yzek Hzeng, Jackes Tew Jack Shiong dan Sean Say How.

Salleh dalam ucapannya berkata rakyat Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik terhadap negara sendiri biarpun mempunyai pendapat yang berbeza.

“Apa yang kita lakukan sama ada dari segi kritikan mahupun perbuatan, janganlah sampai melampaui batas sehingga boleh memusnahkan negara.

“Kalaupun ada perbezaan dari segi pandangan politik kita, kita harus selesaikan perbezaan itu dengan cara yang matang dan biasanya akan diselesaikan melalui proses pilihan raya yang demokratik,” kata Salleh pada majlis pelancaran album tersebut di sini hari ini.

Katanya lagi, beliau turut berbangga kerana rakyat Malaysia tidak menerima pandangan mereka yang tidak berhenti memburukkan negara yang dilihatnya semakin lantang.

“Rakyat kita matang, kukuh dengan semangat patriotik yang tidak pudar untuk pertahankan negara.

“Sebab itu bagi saya lagu-lagu seperti ini penting untuk kita siarkan bagi memberi kesedaran kepada kita akan pentingnya semangat kenegaraan itu ada pada diri kita,” jelasnya lagi.

Album gubahan komposer Anuar Abdul Razak yang juga bekas penyanyi utama kumpulan Revolvers itu dihasilkan dalam bentuk digital dan boleh dilayari di portal TheRakyat.com.

Sementara itu ketika menjawab soalan wartawan selepas majlis tersebut mengenai 1,100 individu yang dikenalpasti berpotensi menimbulkan kekecohan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Salleh berkata pihaknya akan menjalankan  penyiasatan rapi sebelum sebarang tindakan diambil.

Katanya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga boleh mengambil tindakan menyekat mana-mana laman web dan portal yang menyalurkan maklumat bertujuan menimbulkan kekecohan menjelang PRU14.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak polis dan agensi yang berkaitan mengenai dakwaan tersebut. Sudah tentulah tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan,” tambahnya.

The post Album patriotik pelbagai bahasa #tonggaknegara dilancar appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Album patriotik pelbagai bahasa #tonggaknegara dilancar

Sekianlah artikel Album patriotik pelbagai bahasa #tonggaknegara dilancar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Album patriotik pelbagai bahasa #tonggaknegara dilancar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/album-patriotik-pelbagai-bahasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :