Azizah: Wang "Beli" Kapal Mewah Equanimity Patutnya Milik Rakyat !

Azizah: Wang "Beli" Kapal Mewah Equanimity Patutnya Milik Rakyat ! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azizah: Wang "Beli" Kapal Mewah Equanimity Patutnya Milik Rakyat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azizah: Wang "Beli" Kapal Mewah Equanimity Patutnya Milik Rakyat !
link : Azizah: Wang "Beli" Kapal Mewah Equanimity Patutnya Milik Rakyat !

Baca juga


Azizah: Wang "Beli" Kapal Mewah Equanimity Patutnya Milik Rakyat !


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal dengan sikap tidak endah Putrajaya dengan rampasan kapal The Equanimity di Indonesia.

Menurutnya, kapal itu diketahui umum dibeli dengan wang yang datang daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Indonesia telah menyita kapal mewah itu dan kerajaan perlu melihat perkara ini dengan serius.

“Walau dikatakan bukan kapal kita tetapi isu utamanya wang dari 1MDB itu sepatutnya menjadi dana untuk keperluan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui media selepas perasmian sidang Dewan Rakyat oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Kuala Lumpur.

Pihak berkuasa Indonesia Khamis lalu merampas Equanimity atas permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS.

Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman itu dilaporkan telah dibina khas untuk Jho Low, antara individu utama dalam skandal 1MDB.

Ia dianggarkan bernilai USD$250 juta (RM1 bilion).

Terkini, pihak Indonesia dilaporkan akan menyerahkan kapal tersebut kepada FBI untuk melengkapkan siasatan mereka.

Tindakan penguatkuasaan ini berlaku sewaktu Umno BN tidak berbuat apa-apa terhadap Low yang pernah difoto bersama Datuk Seri Najib Razak di atas sebuah kapal layar mewah. #sumber


Demikianlah Artikel Azizah: Wang "Beli" Kapal Mewah Equanimity Patutnya Milik Rakyat !

Sekianlah artikel Azizah: Wang "Beli" Kapal Mewah Equanimity Patutnya Milik Rakyat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azizah: Wang "Beli" Kapal Mewah Equanimity Patutnya Milik Rakyat ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/azizah-wang-beli-kapal-mewah-equanimity.html

Subscribe to receive free email updates: