Parlimen Cameron Highlands Jadi Tumpuan, Ramai Nak Jadi Calon ?

Parlimen Cameron Highlands Jadi Tumpuan, Ramai Nak Jadi Calon ? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parlimen Cameron Highlands Jadi Tumpuan, Ramai Nak Jadi Calon ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parlimen Cameron Highlands Jadi Tumpuan, Ramai Nak Jadi Calon ?
link : Parlimen Cameron Highlands Jadi Tumpuan, Ramai Nak Jadi Calon ?

Baca juga


Parlimen Cameron Highlands Jadi Tumpuan, Ramai Nak Jadi Calon ?


Politik Cameron Highlands semakin panas walaupun cuaca semakin sejuk sebelah malam. Sebenarnya, aku pun malas nak tulis pasal Cameron ni, tapi bila ada kawan-kawan yang buat posting pasal politik Cameron, aku rasa perlu juga aku tulis serba sedikit.

Kepanasan politik Cameron mungkin disebabkan begitu ramai yang nak bertanding disini. Bagi orang luar Cameron, mungkin nampak pelik tapi politik Cameron memang lain dari yang lain. Mungkin disebabkan faktor goegrafinya yang terpisah dari mainstream, dan kedudukanya ditanah tinggi menyebabkan politiknya juga tidak mengikut arus mainstream.

Pertandingan tiga penjuru bukan asing. selalunya empat penjuru. Kali ini aku menjangkakan paling kurang lima. Kemungkinan besar enam penjuru. So, its really hot.

Ada juga yang bertanya mengapa DAP tak mau letak calon Melayu sedangkan Melayu adalah majoriti. Kalau ini alasanya, perlu juga ditanya mengapa BN tak mau letak calon Melayu disini?

Kalau bangsa majoriti digunakan sebagai kriteria utama untuk menentukan calon, bungkus la. BN sentiasa menang disini walaupun meletakkan calon dari MIC, yang mewakili kaum yang paling sikit. Sebaliknya, PAS yang meletakkan calon Melayu Muslim di DUN Jelai yang mempunyai 65% pengundi Melayu tak pernah menang.

DAP juga hanya baru menang di DUN Tanah Rata dalam PRU 13 yang lalu walaupun Cina merupakan majoriti besar di DUN Tanah Rata.(53%)

Dalam PRU 14 ini, keadaan masih tidak menentu. Dipihak BN, perebutan masih berlaku siapakah yang akan menjadi Calon BN. Secara luaran, apa yang nampak ialah perebutan antara MIC dan MyPPP. Tapi dibelakang tabir, Umno sedang berusaha untuk bertanding di Parlimen Cameron. Dan kalau ikut cerita orang Umno, besar kemungkinan mereka yang bertanding. Dan kalau ini berlaku, kita boleh menjangkakan MIC dan PPP akan mletakan calon bebas.

PH pula sudah pasti akan diwakili oleh DAP. Soalan sekarang, siapa yang akan jadi calon DAP? Manogaran orang luar. Dalam PRU13 yang lalu, dia hanya diterjunkan ke Cameron dua hari sebelum Hari Penamaan Calon. Dalam pada kekuatan PR semasa itu cukup padu, dia masih gagal menang di Cameron.

Selepas kalah, Manogaran mnghilangkan diri dan hanya muncul kembali sejak tahun lepas bila kehangatan PRU sudah mula terasa. Semasa ketiadaan Manogaran, Tengku Zulpuri yang selalu mengambil berat isu Cameron terutamanya tentang masyarakat Orang Asli. Manogaran hanya datang hujung minggu untuk berselfie dan membuat program populist. Aku tak fikir Manogaran akan diletakkan di Cameron kali ini. Tapi kalau DAP nak letak juga, lagi bagus.

Dalam PRU 13, PAS bersama PR dan bertanding di DUN Jelai. Walaupun begitu, bukan semua undi PAS diperingkat DUN pergi kepada DAP di Parlimen. Ramai pengundi PAS tak sokong DAP masa tu sebaliknya pergi kepada Berjasa di Parlimen. Kalau undi PAS itu bergi kepada DAP, dah tentu DAP menang. Yang sabotaj DAP ialah PAS, tapi sebaliknya, DAP menyalahkan PSM yang tidak pun bertanding.

Kali ini, PAS juga akan meletakan calon di Parlimen Cameron. Dari khabar-khabar underground, PAS akan meletakan Pengerusi DHPP, Ustaz Balasubramaniam yang pernah bermimpi jumpa Nabi.

Setakat ini, hanya Suresh Psm yang dah gerenti bertanding dan dia dah umumkan sejak tahun lepas.

So, dalam PRU 14 ini, yang akan bertanding nanti adalah dari BN, DAP, PSM dan PAS. Dah empat penjuru. Dan kalau Umno mengambil alih kerusi Cameron, pasti akan ada calon Bebas dari PPP atau MIC...ataupun kedua-duanya sekali.

ini baru politik peringkat tertinggi...antara parti. Belum dalaman parti lagi. dan bila kita tengok peringkat DUN pula, lagi menarik.

Next posting, kita tengok politik dalaman parti-parti yang bertanding pula. Tapi aku tak boleh gerenti akan menulis setiap hari sebab sekarang ni lebih banyak masa dihabiskan dalam hutan. #sumber


Demikianlah Artikel Parlimen Cameron Highlands Jadi Tumpuan, Ramai Nak Jadi Calon ?

Sekianlah artikel Parlimen Cameron Highlands Jadi Tumpuan, Ramai Nak Jadi Calon ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Parlimen Cameron Highlands Jadi Tumpuan, Ramai Nak Jadi Calon ? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/parlimen-cameron-highlands-jadi-tumpuan.html

Subscribe to receive free email updates: