TPM Zahid jelaskan lagi pasal pendaftaran Pakatan Harapan…ia berkait siasatan pasal PPBM

TPM Zahid jelaskan lagi pasal pendaftaran Pakatan Harapan…ia berkait siasatan pasal PPBM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TPM Zahid jelaskan lagi pasal pendaftaran Pakatan Harapan…ia berkait siasatan pasal PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TPM Zahid jelaskan lagi pasal pendaftaran Pakatan Harapan…ia berkait siasatan pasal PPBM
link : TPM Zahid jelaskan lagi pasal pendaftaran Pakatan Harapan…ia berkait siasatan pasal PPBM

Baca juga


TPM Zahid jelaskan lagi pasal pendaftaran Pakatan Harapan…ia berkait siasatan pasal PPBM

Bukan tak faham,mungkin buat-buat tidak faham agar mudah untuk spin bagi cetus kemarahan kononnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sengaja lengah-lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan kerana tujuan politik.

Sebaliknya peraturan yang jadi pegangan RoS sudah lama berkuatkuasa.Jika ada aduan dan masalah dalam mana-mana parti ia perlu siasat dengan teliti dan adakalanya ia ambil masa.

Pada 21 Februari lalu beberapa pemimpin pembangkang telah memfailkan saman terhadap RoS kerana mendakwa agensi tersebut gagal memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi.

Bagaimanapun, sehari kemudian kira-kira 1,000 anggota akar umbi dan bekas pemimpin kanan PPBM berhimpun di hadapan Ibu Pejabat RoS di Putrajaya bagi mendesak tindakan terhadap PPBM yang didakwa melanggar perlembagaan parti itu sendiri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri pernah mengulas isu pendaftaran Pakatan Harapan.

Pada Khamis semasa sidang media selepas menerima kunjungan hormat Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan di pejabatnya di Putrajaya beliau ditanya lagi mengenai isu itu.

Beliau mengulangi jaminannya bahawa RoS bertindak profesional dalam mengendalikan isu pendaftaran Pakatan Harapan (PH).

Zahid menjelaskan isu pendaftaran gabungan itu turut berkait dengan siasatan yang sedang dijalankan pertubuhan itu terhadap kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Katanya penyelesaian terhadap permohonan pendaftaran PH tidak boleh mengenepikan isu PPBM begitu sahaja kerana parti itu merupakan komponen utama dalam gabungan pakatan pembangkang.

"Sebagaimana yang diperjelaskan oleh Ketua Pengarah RoS, penelitian yang dilakukan bukan sahaja meliputi permohonan pendaftaran Pakatan Harapan tetapi juga mengambil kira aduan-aduan yang diterima jabatan itu daripada anggota-anggota PPBM."

"PPBM adalah satu daripada komponen dalam Pakatan Harapan...jadi, saya berpendapat RoS sedang berlaku adil dan menjalankan tanggungjawab mereka secara profesional," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga menegaskan beliau tidak pernah campur tangan dalam urusan RoS kerana tindakan yang diambil melibatkan soal operasi, bukannya membabitkan dasar kementerian.

Berhubung isu melibatkan Tan Sri Robert Kuok, Ahmad Zahid berkata semua pihak diminta tidak terus mempolitikkan isu berkenaan dan menghormati kenyataan taikun itu yang menghargai setiap peluang yang diberikan kerajaan kepadanya.


Demikianlah Artikel TPM Zahid jelaskan lagi pasal pendaftaran Pakatan Harapan…ia berkait siasatan pasal PPBM

Sekianlah artikel TPM Zahid jelaskan lagi pasal pendaftaran Pakatan Harapan…ia berkait siasatan pasal PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TPM Zahid jelaskan lagi pasal pendaftaran Pakatan Harapan…ia berkait siasatan pasal PPBM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/tpm-zahid-jelaskan-lagi-pasal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :