link : DAP BAKAL MELETAKKAN CALON ‘BURUNG PEMIKAT’
DAP BAKAL MELETAKKAN CALON ‘BURUNG PEMIKAT’
KUALA LUMPUR 9 April – Tiga calon Melayu DAP termasuk Young Syefura Othman atau Rara yang akan diletakkan parti itu di Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak ubah hanyalah berperanan sebagai ‘burung pemikat’ atau denak bagi mendapatkan undi orang Melayu.
Langkah itu sekaligus menunjukkan cita-cita besar DAP untuk mendapat sokongan orang Melayu bagi memenangi PRU-14 lebih-lebih lagi dengan menggunakan logo PKR bagi mengaburi mata pengundi.
Menurut bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman, DAP ketika ini begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu dalam PRU-14 terutama yang di luar bandar.
“Kita sedia maklum bahawa DAP akan menggunakan logo PKR dalam PRU-14 dan ini membolehkan mereka mengaburi mata orang Melayu dengan meletakkan calon Melayu untuk bertanding mewakili parti tersebut.
“Saya yakin DAP bukan sahaja akan menggunakan taktik ini di Pahang, namun akan turut meletakkan calon-calon Melayu di Johor, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dalam pilihan raya kali ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
DAP semalam mengumumkan akan meletakkan tiga calon Melayu di negeri Pahang melibatkan kerusi Parlimen Raub manakala dua lagi akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari dan DUN Pulau Manis yang mempunyai 90 peratus pengundi Melayu.
Mohamad Razali berkata, calon-calon Melayu yang diletakkan DAP untuk bertanding dalam PRU-14 tidak mempunyai kredibiliti sebagai seorang pemimpin namun dipilih kerana ‘kecemerlangan’ mereka menjadi pak turut kepada parti tersebut.
Katanya, DAP hanya akan memilih calon Melayu liberal yang sanggup ‘berjuang’ untuk agama dan bangsa sebagai mana selera pemimpin utama parti itu bagi merealisasikan agenda Malaysian Malaysia yang menjadi pegangan mereka sejak dari dahulu.
“Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengerusinya, Tan Kok Wai sanggup menggadaikan logo roket dan bersekongkol dengan musuh paling ketat mereka, Tun Dr, Mahathir Mohamad semata-mata demi menawan Putrajaya,” katanya.
– UTUSAN ONLINE

Demikianlah Artikel DAP BAKAL MELETAKKAN CALON ‘BURUNG PEMIKAT’
Sekianlah artikel DAP BAKAL MELETAKKAN CALON ‘BURUNG PEMIKAT’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP BAKAL MELETAKKAN CALON ‘BURUNG PEMIKAT’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/dap-bakal-meletakkan-calon-burung.html