link : Hubungan Semakin Serius, Rihanna-Hassan Jameel Rancang Kahwin
Hubungan Semakin Serius, Rihanna-Hassan Jameel Rancang Kahwin
Setelah setahun menjalin hubungan asmara, hubungan Rihanna dan Hassan Jameel khabarnya betul-betul serius malah pasangan sejoli ini sudah sedia untuk menuju ke alam perkahwinan.
“Rihanna dan Hassan sudah mulai bercakap tentang perkahwinan. Dia (Hassan) belum melamar, tapi jika dia melakukannya, Rihanna akan benar-benar mengatakan ya,” kataseorang sumber seperti yang dilaporkan Hollywood Life,
Sumber tersebut juga menegaskan bahawa Rihanna begitu tergila-gilakan jutawan berasal dari Arab Saudi itu. Ada beberapa kelebihan Hassan yang membuat lelaki tersebut menjadi orang yang tepat untuk Rihanna.
“Dia (Rihanna) tergila-gila padanya (Hassan). Dia lelaki impiannya kerana berbagai alasan. Bukan hanya menakjubkan, Hassan juga usahawan yang bijak dengan hati yang besar.
“Sama seperti Rihanna, Hassan punya badan amal sendiri dan dia melakukan banyak pekerjaan filantropi. Keluarganya adalah salah satu yang terkaya di dunia, dia mampu berpesta dengan semua kekayaannya tetapi dia tidak seperti itu,” tambah sumber tersebut.
Hassan juga melayan Rihanna dengan sangat baik. Pasangan tersebut begitu bahagia sekaligus membuatkan Rihanna yakin pilihannya pada Hassan.
“Rihanna benar-benar mengaguminya. Dan dia (Hassan) melayan Rihanna seperti seorang puteri. Ketika mereka bersama-sama, yang ada di fikiran Hassan adalah membuat Rihanna selalu bahagia,” tutur sumber itu lagi
Tak hanya itu, rupanya Hassan juga menjadi orang yang selalu menyokong karier Rihanna termasuklah memberi galakkan kepada kepada teman wanitanya itu untuk memperluaskan bisnes kosmetik, Fenty Beauty dan fesyen Savage x Fenty yang diusahakannya.
“Hassan benar-benar tahu bagaimana cara memperhatikan Rihanna dan dia selalu memberinya nasihat terbaik. Dia adalah salah seorang orang yang mendorong Rihanna untuk membawa bisnesnya ke tingkat seterusnya,” katanya.
The post Hubungan Semakin Serius, Rihanna-Hassan Jameel Rancang Kahwin appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hubungan Semakin Serius, Rihanna-Hassan Jameel Rancang Kahwin
Anda sekarang membaca artikel Hubungan Semakin Serius, Rihanna-Hassan Jameel Rancang Kahwin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/hubungan-semakin-serius-rihanna-hassan.html