KPM teruskan cadangan wujud jawatan pembantu guru di sekolah - Maszlee

KPM teruskan cadangan wujud jawatan pembantu guru di sekolah - Maszlee - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM teruskan cadangan wujud jawatan pembantu guru di sekolah - Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM teruskan cadangan wujud jawatan pembantu guru di sekolah - Maszlee
link : KPM teruskan cadangan wujud jawatan pembantu guru di sekolah - Maszlee

Baca juga


KPM teruskan cadangan wujud jawatan pembantu guru di sekolah - Maszlee

Imej via FB KPM
BATU PAHAT - Kementerian Pendidikan meneruskan cadangan mewujudkan jawatan baharu dikenali sebagai ‘pembantu guru’ yang berperanan membantu guru-guru di negara ini melaksanakan kerja pentadbiran.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata sekarang ini, guru-guru terbeban dengan kerja sampingan berkenaan dan mengganggu mereka melakukan tugasan hakiki untuk mengajar di sekolah masing-masing.
Katanya, pihaknya akan berbincang dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) bagi membincangkan perlaksanaan dan tugasan pembantu guru ini.

“Pihak kementerian akan bertemu dengan NUTP dalam masa terdekat ini bagi membincangkan masalah (bebanan) guru yang terpaksa melakukan tugasan yang bukan sepatutnya.

“Ada sesetengah guru terpaksa mengisi pelbagai jenis borang yang semua ini sebenarnya adalah kerja di bahagian pentadbiran dan dalam masa sama kami juga akan cuba mengurangkan jenis borang yang perlu diisi oleh para guru ini,” katanya pada Majlis Pertemuan Dengan Warga Pendidik Daerah Kluang, di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, petang ini.

Dalam perkembangan yang lain, pihaknya juga akan mengkaji cadangan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di peringkat sekolah menengah setelah mendengar cadangan daripada pelbagai pihak.

Katanya, melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati ada sesetengah pelajar di sekolah menengah pergi ke sekolah tanpa bersarapan kerana kurang berkemampuan.

“Ia satu cadangan yang bagus...kita akan cuba laksanakannya.

“Kami akan kaji cadangan ini dan jika ia bersesuaian kami akan luaskan program RMT di peringkat sekolah menengah pula agar pelajar yang kurang mampu ini tidak berlapar ketika menuntut ilmu,” katanya. - Bernama
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KPM teruskan cadangan wujud jawatan pembantu guru di sekolah - Maszlee

Sekianlah artikel KPM teruskan cadangan wujud jawatan pembantu guru di sekolah - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM teruskan cadangan wujud jawatan pembantu guru di sekolah - Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/kpm-teruskan-cadangan-wujud-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates: