link : Nik Nazmi tidak setuju dengan Menteri Pendidikan
Nik Nazmi tidak setuju dengan Menteri Pendidikan
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak bersetuju dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang tidak membenarkan ahli Parlimen pembangkang menghadiri sebarang program di sekolah tanpa kebenaran.
Nik Nazmi berkata, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sering dijemput ke sekolah kerana premis itu adalah tempat penting dalam kehidupan sivik.
“Mengharamkan pembangkang dari datang ke sekolah dan institusi lain adalah salah satu salah guna kuasa paling buruk dilakukan Barisan Nasional (BN) dahulu. Ramai pimpinan Pakatan Harapan termasuk saya sendiri menjadi mangsa.
“Sekarang Pakatan Harapan telah jadi kerajaan, ia perlu meneruskan tindakan yang mempunyai etika dan bermoral tinggi. Kita mesti percaya wakil rakyat tidak kira parti untuk bertanggungjawab apabila terlibat dengan perbincangan awam kerana mendapat kepercayaan pengundi mereka,” katanya di laman Twitter miliknya, hari ini.
Semalam Maszlee berkata, ahli Parlimen pembangkang yang berhasrat masuk ke sekolah milik kerajaan untuk menghadiri sebarang program perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.
Maszlee berkata, pekeliling juga sudah dikeluarkan bahawa permohonan perlu dibuat kepada kementerian melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) jika wakil rakyat terbabit berhasrat berbuat demikian.
Tambah Nik Nazmi, tindakan boleh diambil jika wakil rakyat tersebut menyalah guna platform itu seperti menghasut kebencian kaum dan agama atau menyebar dakyah kepartian.
“Tetapi dalam kebanyakan kes, ahli politik harus dibenarkan masuk ke sekolah dan universiti apabila mereka dijemput. Saya tidak faham mengapa isu ini masih timbul.
“Kita tidak boleh amalkan dan menekan seperti kerajaan dulu, Pakatan Harapan mesti berbeza. Kita mesti lakukan lebih baik dalam hal ini dan semua perkara,” katanya.
Sumber: Utusan
Nik Nazmi berkata, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sering dijemput ke sekolah kerana premis itu adalah tempat penting dalam kehidupan sivik.
“Mengharamkan pembangkang dari datang ke sekolah dan institusi lain adalah salah satu salah guna kuasa paling buruk dilakukan Barisan Nasional (BN) dahulu. Ramai pimpinan Pakatan Harapan termasuk saya sendiri menjadi mangsa.
Semalam Maszlee berkata, ahli Parlimen pembangkang yang berhasrat masuk ke sekolah milik kerajaan untuk menghadiri sebarang program perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.
Maszlee berkata, pekeliling juga sudah dikeluarkan bahawa permohonan perlu dibuat kepada kementerian melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) jika wakil rakyat terbabit berhasrat berbuat demikian.
Tambah Nik Nazmi, tindakan boleh diambil jika wakil rakyat tersebut menyalah guna platform itu seperti menghasut kebencian kaum dan agama atau menyebar dakyah kepartian.
“Tetapi dalam kebanyakan kes, ahli politik harus dibenarkan masuk ke sekolah dan universiti apabila mereka dijemput. Saya tidak faham mengapa isu ini masih timbul.
“Kita tidak boleh amalkan dan menekan seperti kerajaan dulu, Pakatan Harapan mesti berbeza. Kita mesti lakukan lebih baik dalam hal ini dan semua perkara,” katanya.
Sumber: Utusan
loading...
Demikianlah Artikel Nik Nazmi tidak setuju dengan Menteri Pendidikan
Sekianlah artikel Nik Nazmi tidak setuju dengan Menteri Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nik Nazmi tidak setuju dengan Menteri Pendidikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/nik-nazmi-tidak-setuju-dengan-menteri.html