link : 77 Saman Dalam Op Samseng Jalanan, Op Mabuk Di KK
77 Saman Dalam Op Samseng Jalanan, Op Mabuk Di KK
KOTA KINABALU – Polis mengeluarkan 77 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan di Jalan Coastal, Tuaran Bypass dan Jalan 1Borneo malam tadi.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam operasi yang bermula pukul 11.30 malam itu pihaknya turut menyita sembilan motosikal.
“Sebanyak 75 kenderaan pelbagai jenis diperiksa secara teliti menggunakan alat Mobile Compound Online Payment System (MCOPS) dan seramai 78 individu telah diperiksa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata usaha penguatkuasaan akan terus dijalankan bagi mencegah kegiatan samseng jalanan dan memandu di bawah pengaruh alkohol. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel 77 Saman Dalam Op Samseng Jalanan, Op Mabuk Di KK
Anda sekarang membaca artikel 77 Saman Dalam Op Samseng Jalanan, Op Mabuk Di KK dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/77-saman-dalam-op-samseng-jalanan-op.html