Sindiket 'Macau Scam' tumpas

Sindiket 'Macau Scam' tumpas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sindiket 'Macau Scam' tumpas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sindiket 'Macau Scam' tumpas
link : Sindiket 'Macau Scam' tumpas

Baca juga


Sindiket 'Macau Scam' tumpas


SATU sindiket penipuan ‘Macau Scam’ yang beroperasi di banglo di Shah Alam diserbu polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) 3.45 petang, hari ini.

Pengarah JSJK, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil serbuan 25 individu termasuk lapan wanita membabitkan 20 rakyat China dan lima warga Taiwan ditahan.

Katanya, sindiket berkenaan dikesan menjalankan aktiviti penipuan dengan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi meminta mangsa membayar wang kononnya bagi menjelaskan hutang dalam jumlah yang banyak.

"Hasil serbuan, polis turut merampas Toyota Vellfire, 10 passport China, lima passport Taiwan, empat komputer riba dan 16 tablet serta skrip perbualan yang digunakan untuk aktiviti penipuan.

"Semua tahanan dan rampasan diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Shah Alam untuk tindakan selanjutnya,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, serbuan dilakukan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Taiwan.

Sementara itu, Acryl Sani memberitahu, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, polis sudah menjalankan siasatan terhadap 270 kes penipuan Macau Scam membabitkan kerugian RM9.49 juta.

Katanya, sindiket ini dikesan menggunakan kemudahan Voice Over Internet Protocol (VoIP) untuk menyamar sebagai pegawai bank, polis, pegawai mahkamah dan pegawai syarikat telekomunikasi seterusnya memperdaya mangsa membuat pemindahan wang ke akaun yang ditetapkan sindiket.

"Orang ramai diminta berhati-hati dan berwaspada supaya tidak terpedaya dengan taktik yang digunakan sindiket ini.

"Sekiranya berdepan situasi seperti ini, orang ramai diminta supaya segera berhubung dengan pihak bank atau agensi berkaitan untuk pengesahan," katanya.-HMetroOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sindiket 'Macau Scam' tumpas

Sekianlah artikel Sindiket 'Macau Scam' tumpas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sindiket 'Macau Scam' tumpas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sindiket-macau-scam-tumpas_18.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :