Hasil kesungguhan ayah

Hasil kesungguhan ayah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hasil kesungguhan ayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hasil kesungguhan ayah
link : Hasil kesungguhan ayah

Baca juga


Hasil kesungguhan ayah

“KAMI bukan orang senang, tapi ayah bersungguh mahu menyiapkan rumah yang selesa untuk kami berteduh. Kasihan juga lihat dia angkat barang berat ketika panas terik.

“Tapi itulah ayah saya, dia begitu mementingkan kesempurnaan dan mahu siapkan rumah yang dibangunkan dengan tulang empat keratnya.”

Demikian kata Siti Hajar Yahya, 28, mengenai kesungguhan bapanya, Yahya Omar, 57, menyiapkan banglo dengan tangannya sendiri tanpa mengupah sesiapa.

Siti Hajar berkata, rumah yang terletak di Pontian, Johor itu mula didiami pada Aidilfitri 2010.

“Sebelum ini, kami tinggal di rumah datuk saya di kawasan sama. Tetapi rumah itu sudah lama dan banyak yang rosak.

“Kebetulan rumah yang ayah bina hampir siap menjelang raya. Kami mula berpindah secara rasmi pada malam raya. Itu mungkin raya yang paling seronok kerana akhirnya kami dapat beraya di rumah sendiri,” katanya.

Sementara itu, Yahya berkata, dia mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan keseluruhan rumah terbabit.

“Saya hanya meminta bantuan rakan untuk menghulur barang atau membancuh simen. Selebihnya saya buat sendiri seperti menaikkan batu, mengecat dan pendawaian,” katanya.

Yahya berkata, tapak rumah itu pernah terbengkalai selama lima tahun kerana mengalami masalah kewangan.

“Saya tak mahu berhutang dengan orang lain atau bank. Jadi saya kumpul wang sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan menyiapkan rumah yang terbengkalai.

“Apabila melihat rumah itu siap sepenuhnya, saya rasa bersyukur dan seronok sangat dapat tinggal di rumah hasil tangan sendiri,” katanya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hasil kesungguhan ayah

Sekianlah artikel Hasil kesungguhan ayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hasil kesungguhan ayah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/hasil-kesungguhan-ayah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :