Lagi kanak-kanak lemas bermain basikal di tepi sungai

Lagi kanak-kanak lemas bermain basikal di tepi sungai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagi kanak-kanak lemas bermain basikal di tepi sungai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi kanak-kanak lemas bermain basikal di tepi sungai
link : Lagi kanak-kanak lemas bermain basikal di tepi sungai

Baca juga


Lagi kanak-kanak lemas bermain basikal di tepi sungai

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun menjadi mangsa lemas terbaharu membabitkan kanak-kanak yang sedang bermain basikal di tepi sungai.

Mayat Iman Shafiq Ibrahim ditemui sekitar jam 12.41 malam tadi  selepas pasukan penyelamat melakukan pencarian hampir tiga jam di sekitar lokasi mangsa terjatuh iaitu di Kampung Sungai Baru Tengah, Kubang Rotan di sini.

Mangsa dipercayai hilang sekitar jam 9.30 malam ketika jemaah Masjid It Tihad yang tidak jauh dari lokasi itu sedang sibuk menyiapkan hidangan moreh untuk jemaah solat tarawih.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Yunus Abu, operasi pencarian membabitkan 50 anggota dari pelbagai agensi.

“Alhamdulillah operasi mencari mangsa lemas telah berjaya ditemui, pada jam 12.41 sebentar tadi. Pasukan mencari telah menemui mangsa tersangkut di kayu jarak lebih kurang 30 meter daripada tempat, daripada jambatan dia jatuh,” katanya ketika ditemui di sini pagi tadi.

Foto Astro AWANI
Menurut seorang jemaah masjid, Mohd Noor Ahmad, 52, sebelum kejadian, mereka sudah melarang sekumpulan kanak-kanak termasuk mangsa agar tidak bermain di atas titi konkrit itu kerana bimbang sesuatu yang buruk mungkin berlaku.

Namun katanya mereka tak mengendahkan teguran itu sebaliknya terus bermain.

“Memang kami dah larang banyak kali. Sebelum kejadian mangsa sibuk bermain. Dia mungkin terjatuh. Dengar mangsa terpijak jubin simen yang tidak melekat,” kata Mohd Noor.

Dalam pada itu, keadaan bertukar pilu apabila bapa, kakak dan abang mangsa yang sedang menunaikan solat Tarawih bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sungai Baru itu.

Mayat mangsa ditemui tersangkut pada ranting kayu pada kedalaman sungai kira-kira tiga meter dan diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Operasi pencarian yang turut menggunakan sebuah bot, sebuah jentera dan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) berakhir jam 1 pagi tadi.

Ini adalah kes kedua membabitkan insiden kanak-kanak jatuh sungai dalam tempoh dua hari di negeri Kedah.

Kejadian pertama turut mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang terjatuh bersama basikalnya di Sungai Pering, Jalan Kodiang-Sanglang pada petang Isnin lalu.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lagi kanak-kanak lemas bermain basikal di tepi sungai

Sekianlah artikel Lagi kanak-kanak lemas bermain basikal di tepi sungai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagi kanak-kanak lemas bermain basikal di tepi sungai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lagi-kanak-kanak-lemas-bermain-basikal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :