link : Tahap 2 Bukti Usaha Perangi Pemerdagangan Manusia
Tahap 2 Bukti Usaha Perangi Pemerdagangan Manusia
KOTA KINABALU – Peningkatan kedudukan taraf Malaysia dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2017 mencerminkan usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memerangi jenayah tidak berperikemanusiaan itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Malaysia dipacu dengan nilai-nilai kesejahteraan dan hormat, telah kekal bersatu menentang jenayah pemerdagangan manusia.
“Lebih penting lagi dan sebagai tambahan kepada perkongsian antarabangsa, Malaysia kekal komited dan akan meneruskan usaha mencegah, melindungi mangsa dan mendakwa pelaku jenayah ini,”katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau mengulas Laporan Pemerdagangan Orang 2017, yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang menaik taraf Malaysia ke Tahap 2 daripada Tahap 2 Senarai Pemerhatian bagi tahun 2016.
Sebelum ini, Malaysia menduduki Tahap 2 Senarai Pemerhatian pada 2015 selepas dinaik taraf dari Tahap 3 Senarai Pemerhatian pada 2014.
Negara-negara pada Tahap 2 dianggap tidak memeuhi sepenuhnya standard minimum Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 tetapi telah melakukan usaha-usaha signifikan untuk mematuhi standard tersebut. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Tahap 2 Bukti Usaha Perangi Pemerdagangan Manusia
Anda sekarang membaca artikel Tahap 2 Bukti Usaha Perangi Pemerdagangan Manusia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tahap-2-bukti-usaha-perangi.html