link : Trend terkini di Perak... Pengundi muda India sokong BN
Trend terkini di Perak... Pengundi muda India sokong BN
Bekas Pengerusi MIC Perak, Tan Sri G. Rajoo optimis masyarakat India khususnya golongan muda di negeri ini akan menolak Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti.
Beliau berkata golongan muda kini sudah jauh berubah berbanding dahulu dan mereka kini lebih matang kerana keprihatinan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membela nasib masa depan kaum itu.
``Kali ini saya nampak minda masyarakat India khasnya orang muda sudah jauh berubah kerana kerajaan BN hari ini menerusi kepimpinan Datuk Seri Najib telah banyak membawa perubahan sosio ekonomi masyarakat India di negara ini.
``Hari ini kita lihat masyarakat India mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan BN antaranya bantuan pendidikan kepada pelajar tamil untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi, bantuan modal perniagaan, bantuan kuil-kuil dan sebagainya.’’ katanya ketika ditemui di rumah terbuka sempena Hari Deepavali di kediamannya di Ipoh pada Rabu.
Beberapa orang mantan Exco kerajaan Perak dan pemimpin komponen BN adalah antara ratusan tetamu yang hadir pada rumah terbuka itu.
Beliau turut optimis, pembangkang tidak boleh `tidur lena’ kerana pengundi-pengundi India yang sebelum ini menyokong pembangkang kini sudah beralih angin untuk memberikan sokongan mantap kepada BN pada pilihan raya umum ke 14 nanti.
Menurut Rajoo, pengundi India kini sudah matang berpolitik kerana mereka dapat menilai KPI bersih BN berbanding pembangkang yang lebih gemar bermain politik kebencian terhadap BN sedangkan rakyat kini sudah muak dengan politik lapuk pembangkang ini.
``Masyarakat India sudah muak dengan politik lapuk pembangkang ini yang hanya pandai menuding jari melontar tuduhan palsu bagi menanamkan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN lebih-lebih lagi ketika PRU ke-14 semakin hampir sekarang,’’ katanya.
Katanya, apa yang jelas dan dapat dilihat kalangan pemimpin dalam parti gabungan Pakatan Harapan tidak sefahaman dan bercelaru hingga menyebabkan rakyat kini sudah hilang keyakinan terhadap mereka.

Demikianlah Artikel Trend terkini di Perak... Pengundi muda India sokong BN
Sekianlah artikel Trend terkini di Perak... Pengundi muda India sokong BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Trend terkini di Perak... Pengundi muda India sokong BN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/trend-terkini-di-perak-pengundi-muda.html