Amanah, PPBM tak mampu gantikan PAS di Selangor

Amanah, PPBM tak mampu gantikan PAS di Selangor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah, PPBM tak mampu gantikan PAS di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah, PPBM tak mampu gantikan PAS di Selangor
link : Amanah, PPBM tak mampu gantikan PAS di Selangor

Baca juga


Amanah, PPBM tak mampu gantikan PAS di Selangor

SHAH ALAM: Di tengah-tengah kehangatan pergeseran isu agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) di Selangor, sudah semestinya PAS tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya.

Kegagalan PH mencapai kata sepakat bersabit agihan kerusi dikatakan berpunca daripada sikap PKR, yang masih meragui kemampuan Amanah dan PPBM untuk menggantikan PAS, seterusnya mengekalkan kerajaan negeri.

Malah sebelum ini juga bertebaran khabar angin yang mengatakan PKR sedang mengusahakan rundingan bersama PAS untuk menarik parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyertai PH. Bagaimanapun ia dinafikan kedua-dua pimpinan parti berkenaan. 

Ketua Penerangan PAS Selangor, Hasbullah Ridzwan ketika mengulas perkara itu berkata kekuatan PAS sememangnya tidak mampu 'diganti' parti serpihannya Amanah mahupun PPBM, yang hanya setahun jagung penubuhannya.

Malah ujarnya, penubuhan parti sekutu PKR dalam PH itu juga sedikitpun tidak mengganggu gugat kedudukan PAS yang sudah lama bertapak dalam arena politik negara.

"Kita tidak nampak bahawa penubuhan Amanah atau PPBM boleh mengambil alih tugas dan peranan PAS yang sudah sekian lama bertapak dalam dunia politik di negara kita.

"Kajian-kajian yang dibuat pun menunjukkan bahawa PAS punyai kekuatan yang tersendiri, yang tidak boleh diganti atau diambil alih oleh Amanah mahupun PPBM," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Perbalahan parti komponen PH dalam isu rundingan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menjadi tumpuan umum selepas Amanah dan DAP mendakwa, tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN negeri seperti yang didakwa Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor sebelum ini mendakwa empat mesyuarat sudah diadakan untuk menentukan 80% kerusi DUN di Selangor.

Melepasi tarikh akhir ditetapkan iaitu pada 31 Januari lepas, perselisihan berlanjutan itu juga memaksa Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan jawatankuasa khas bagi PH Selangor menyelesaikan isu agih kerusi di negeri itu.

Susulan itu, Amanah Selangor mendesak agar PKR Selangor terutama Azmin patuh pada pengumuman Dr Mahathir itu.

Bagaimanapun, Azmin menempelak Amanah Selangor sebagai menipu dan tidak boleh dipercayai kerana didakwa cuba memutar belit isu pengagihan kerusi di negeri itu.

Dilaporkan salah satu alasan penangguhan dalam rundingan kerusi ialah cubaan PKR untuk menarik penyertaan PAS ekoran wujud kebimbangan PH mungkin gagal mempertahankan negeri itu tanpa bantuan parti berteras Islam berkenaan.

Untuk rekod, PAS memutuskan hubungan politik dengan DAP dan PKR, masing-masing pada 2015 dan 2017, kemudiannya mengakhiri gabungan lama Pakatan Rakyat (PR).

PKR memimpin kerajaan Selangor, disertai PAS, DAP dan Amanah, hasil daripada persetujuan dalam kalangan pembangkang sejak pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pada PRU13 lalu, PKR memperoleh 13 kerusi DUN manakala DAP pula 14 kerusi. 

PAS pula pada awalnya menguasai 15 kerusi DUN, namun kini berbaki 13 selepas dua daripada wakil rakyatnya mengambil keputusan menyertai Amanah.

Selebihnya dimiliki oleh Umno dengan 12 kerusi dan Bebas dengan dua kerusi.


Demikianlah Artikel Amanah, PPBM tak mampu gantikan PAS di Selangor

Sekianlah artikel Amanah, PPBM tak mampu gantikan PAS di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah, PPBM tak mampu gantikan PAS di Selangor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/amanah-ppbm-tak-mampu-gantikan-pas-di.html

Subscribe to receive free email updates: