link : Miliki kertas UPSR dalam telefon pintar, guru dipenjara 5 tahun
Miliki kertas UPSR dalam telefon pintar, guru dipenjara 5 tahun
![]() |
Imej via Hmetro |
Hakim G Ramesh menjatuhkan hukuman itu terhadap L Subbarau @ Kamalanathan, 38, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Batang Benar, Nilai.
Bagaimanapun, Hakim membenarkan hukuman itu ditangguhkan sementara tertuduh memohon rayuan di Mahkamah Tinggi.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 8 September dan 16 September 2014 di rumah di Jalan Bukit Galena 13, Taman Bukit Galena, Fasa 4, Seremban.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun.
Pertuduhan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, manakala tertuduh diwakili peguam M Kula Segaran dan Omar Kutty.
Terdahulu, Kula Segaran memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan berikutan tertuduh memberi kerjasama, serta sudah tidak bekerja sebagai guru.
Bagaimanapun, Wan Shaharuddin, meminta supaya tertuduh dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan serius yang turut menyebabkan murid terpaksa menduduki sekali lagi UPSR.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan berkuatkuasa hari ini, namun sementara menunggu rayuan, tertuduh perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan mengekalkan wang jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan.
Pada 16 April 2015 lalu, Subbarau bersama seorang lagi guru, P Murugan, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memiliki kertas itu selepas Mahkamah Sesyen berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mahkamah Tinggi pada 5 September 2016, mengekalkan pembebasan Subbarau.
Pada 25 Mei 2017, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan dan meminda keputusan itu.
Pada 6 Oktober 2017, tertuduh gagal dalam usahanya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan itu.
Sumber: Harian Metro
loading...
Demikianlah Artikel Miliki kertas UPSR dalam telefon pintar, guru dipenjara 5 tahun
Sekianlah artikel Miliki kertas UPSR dalam telefon pintar, guru dipenjara 5 tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Miliki kertas UPSR dalam telefon pintar, guru dipenjara 5 tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/miliki-kertas-upsr-dalam-telefon-pintar.html