Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin

Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin
link : Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin

Baca juga


Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin

Kegagalan dalam pertunangan mereka sebelum ini membuatkan bintang Miley Cyrus dan kekasihnya, Liam Hemsworth memilih untuk lebih santai dan tidak terburu-buru untuk melangsungkan perkahwinan.

Menurut sumber, pasangan ini bagaimanapun telah memberi komitmen satu sama lain dalam membuat persiapan serta mahu memastikan majlis hari bahagia mereka akan dapat direalisasi.

Meskipun begitu, Miley merahsiakan konsep perkahwinannya. Cuma yang pasti, ia sebuah konsep yang berbeza dan istimewa.

“Miley mempunyai beberapa rancangan untuk majlis perkahwinannnya pernikahan. Dia selalu kreatif dan memikirkan idea baru yang akan membuat perkahwinannya berbeza,” kata sumber seperti yang dilaporkan ET.

Sumber tersebut juga mengungkapkan bahwa Miley ingin mengadakan sebuah majlis yang sederhana. Selain itu, dia bercita-cita menggunakan konsep ‘ranch wedding’ kerana ingin menghormati muzik country yang melekat dalam dirinya.

“Miley belum mengumumkan apa-apa kerana dia sangat merahasiakannya sehingga hanya teman mereka yang tahu.

“Kali ini mereka (Miley dan Liam) melakukan semuanya sendiri,” tambah sumber.

Miley dan Liam juga dikatakan tidak mahu pisang berbuat dua kali justeru mereka mahu memastikan mereka akan bergelar suami isteri.

“Pertama kali mereka mengumumkan pertunangan pada 2012. Mereka merancang sebuah majlis perkahwinan yang besar namun kemudian semuanya gagal,” tutur sumber.

“Keduanya merasa kali ini adalah waktu yang tepat dari segi karier dan usia.

“Mereka telah bersama selama hampir sembilan tahun, namun waktunya tak pernah tepat hingga sekaranglah saatnya,” tambah sumber itu.

Meski demikian, keluarga Liam disebut-sebut belum mengizinkan pasangan itu berkahwin. Ia disebabkan keluarga Liam masih khuatir kerana Miley sebelum ini pernah mengalami masalah ketagihan alkohol dan pengambilan ubat secara berlebihan.

“Keluarga Miley sangat mengagumi Liam. Sedangkan keluarga Liam masih risau dan bimbang mengenai kelakuan Miley.

“Miley sangat terbuka soal penggunaan dadah dan alkohol, dan perkara itu tidak dapat diterima begitu saja oleh keluarga Liam yang konservatif,” kata sumber lagi.

The post Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin

Sekianlah artikel Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Miley-Liam Pastikan Kali Ini Jadi Kahwin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/miley-liam-pastikan-kali-ini-jadi-kahwin.html

Subscribe to receive free email updates: