Akhirnya...Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon DAP

Akhirnya...Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon DAP - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akhirnya...Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akhirnya...Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon DAP
link : Akhirnya...Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon DAP

Baca juga


Akhirnya...Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon DAP

Seperti sudah dijangka, apabila tak sependapat dan tak sehaluan maka orang itu akan digugurkan sebagai calon.

Itulah yang berlaku terhadap orang kuat DAP, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen lapan penggal di Parlimen Kepong apabila beliau digugurkan daripada senarai calon parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tempat Seng Giaw diganti oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Sehubungan itu, katanya, Hannah Yeoh di Parlimen Segambut manakala Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Teresa Kok kekal di Parlimen Cheras, Bukit Bintang dan Seputeh.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Calon DAP untuk Wilayah Persekutuan sempena PRU-14 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Seng Giaw yang juga Pengerusi DAP Selangor selama lima tahun pada 1982 hingga 1987 itu sebelum ini menegaskan beliau tidak akan berundur dari kerusi Parlimen Kepong yang dimenanginya sejak 1982.

Seng Giaw 75, merupakan ahli DAP sejak 1979, berkata beliau tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya selama lapan penggal itu.

“Saya tidak akan berundur, Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat ketika berusia 75 tahun, tambahan pula Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang berusia 92 tahun masih lagi menjadi penasihat Pakatan Harapan,” kata pakar kulit itu kepada sebuah agensi portal berita.

Seng Giaw yang akan menyambut ulang tahun ke-76 pada 24 Mei ini berkata: “Ada pihak yang menyatakan usia saya sebegini sudah terlantar di hospital, patut berehat di rumah, tidak perlu lagi peduli sama hal-hal politik, cukuplah dengan lapan penggal, bersaralah, kata mereka kepada saya.

“Namun, pedulikanlah apa mereka cakap terhadap saya. Nak cakap saya tua ke, saya masih lagi kuat dan berupaya untuk membantu rakyat. Rakyat masih lagi mahu berjumpa saya untuk mendapatkan khidmat saya sebagai wakil rakyat dan mereka masih lagi percayakan saya,” katanya menepis dakwaan yang beliau antara yang akan digugurkan oleh DAP bagi memberi laluan kepada muka baru.

Timbalan Pengerusi PAC Itu juga semasa persidangan Dewan Rakyat, pendirian beliau dilihat tidak seiring dengan pemimpin DAP yang kuat menentang UMNO BN.

Perbahasan beliau juga lebih professional dan tidak memikirkan kepentingan politik dalam setiap hujah yang diutarakan.

Ia sekaligus mendatangkan perasaan tidak puas hati kerana tidak menyokong matlamat DAP untuk menumbangkan BN, apatah lagi Seng Giaw tidak mengangkat plakad yang disokong PKR, PAN dan DAP sendiri.

Ketika itu semua pemimpin PH sedang mengangkat plakad yang tertulis hapuskan GST pada pengakhiran pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib turut sempat memuji tindakan prihatin Seng Giaw berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Sambil membaca pantun yang dimuatnaik di dalam Twitternya bertajuk Tanah Runtuh di Lereng Bukit.

Jadi ia tidak hairan jika DAP bertindak menyingkirkan Seng Giaw dan pemimpin lain terus menjadi hamba abdi kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.


Demikianlah Artikel Akhirnya...Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon DAP

Sekianlah artikel Akhirnya...Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akhirnya...Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon DAP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/akhirnyatan-seng-giaw-digugurkan.html

Subscribe to receive free email updates: