link : Annuar Buru Emas Pada Sukan SEA 2017
Annuar Buru Emas Pada Sukan SEA 2017
KUALA LUMPUR – Pelumba elit lebuh raya negara, Anuar Manan mengintai kilauan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini.
Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu yakin sasaran berkenaan mampu dicapai menerusi latihan intensif selama lebih sebulan bersama rakan sepasukannya di Melbourne, Australia selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Sekarang pasukan giat menyertai beberapa pertandingan di luar negara. Saya difahamkan jurulatih TSG (Jeremy Hunt) merancang untuk mengadakan latihan selain menyertai pertandingan di Melbourne.
Saya tidak pasti bila kami akan memulakan latihan di Melbourne tapi yang pasti, kami akan pulang semula ke tanah air, seminggu sebelum bermulanya Sukan SEA 2017,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Untuk rekod, Anuar memenangi pingat gangsa dalam acara lepas beramai-ramai pada Sukan SEA 2015 di Singapura selain pernah memenangi pingat perak dalam acara kriterium pada edisi 2005 di Filipina. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Annuar Buru Emas Pada Sukan SEA 2017
Anda sekarang membaca artikel Annuar Buru Emas Pada Sukan SEA 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/annuar-buru-emas-pada-sukan-sea-2017.html