BN Johor tumpu rampas kembali kerusi Parlimen tewas pada PRU-13

BN Johor tumpu rampas kembali kerusi Parlimen tewas pada PRU-13 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Johor tumpu rampas kembali kerusi Parlimen tewas pada PRU-13, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Johor tumpu rampas kembali kerusi Parlimen tewas pada PRU-13
link : BN Johor tumpu rampas kembali kerusi Parlimen tewas pada PRU-13

Baca juga


BN Johor tumpu rampas kembali kerusi Parlimen tewas pada PRU-13

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor akan menumpukan usaha merampas kembali kerusi Parlimen di negeri ini, yang tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya akan memastikan kemenangan BN di kawasan berkenaan walaupun pembangkang melahirkan keyakinan untuk menawan 15 kerusi Parlimen di negeri ini, pada PRU ke-14 akan datang.

"Suruh mereka (pembangkang) sebutkan kawasan mana (15 kerusi) yang mereka hendak tawan di Johor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Jualan Mega Muafakat Johor 2017 di kawasan parkir Stadium Tertutup Pasir Gudang, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin Pakatan Harapan, yang yakin menawan 15 kerusi Parlimen di negeri ini pada PRU ke-14, selepas mesyuarat khas Pakatan Harapan Johor di sini, semalam.

Pada pilihan raya umum lepas, BN Johor menguasai 21 daripada 26 kerusi Parlimen. Lima kerusi yang dikuasai pembangkang adalah Kulai, Gelang Patah, Kluang, Batu Pahat dan Bakri, sebelum Parlimen Pagoh menjadi kerusi pembangkang.

Mengenai Karnival Jualan Mega Muafakat Johor, Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata penganjurannya yang memasuki kali kedua, akan diperluaskan di kawasan Iskandar Malaysia.

Beliau berkata penganjurannya juga akan diadakan tiga kali setahun berbanding sekali setahun ketika ini.

"Penganjuran karnival seumpama ini dilihat dapat membantu rakyat dalam berdepan kenaikan harga barang yang tidak menentu pada masa ini. Sesungguhnya, kerajaan Johor amat prihatin terhadap kesusahan kepada rakyat," katanya.

Karnival Jualan Mega Muafakat Johor 2017 dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor itu, diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

Lebih 50 pengeluar barangan dan pempamer menyertai karnival berkenaan.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel BN Johor tumpu rampas kembali kerusi Parlimen tewas pada PRU-13

Sekianlah artikel BN Johor tumpu rampas kembali kerusi Parlimen tewas pada PRU-13 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Johor tumpu rampas kembali kerusi Parlimen tewas pada PRU-13 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bn-johor-tumpu-rampas-kembali-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :