link : #DUNSarawak: Nilai Eksport Kayu Sarawak Turun
#DUNSarawak: Nilai Eksport Kayu Sarawak Turun
KUCHING: Jumlah nilai eksport produk kayu dari Sarawak menurun sejak tiga tahun lalu ke paras RM5.95 bilion pada tahun 2016.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia menunjukkan penurunan sebanyak 10 peratus berbanding RM6.57 bilion dalam tahun sebelumnya.
"Penurunan nilai eksport ini adalah disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi di pasaran utama seperti Jepun, India, Taiwan dan Korea Selatan," katanya yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Menurutnya, pengeluaran kayu bergergaji pula jatuh daripada 1.06 juta meter padu dalam tahun 2012 kepada 0.68 juta meter padu dalam tahun 2016.
"Penurunan pengeluaran produk kayu ini antara lain disebabkan kekurangan sumber bahan mentah balik.
"Pengeluaran balak di negeri ini berkurangan adalah disebabkan oleh dasar kerajaan untuk mengurangkan pembukaan kawasan hutan dan pelaksanaan pengurusan hutan yang mampan," ujarnya.
Untuk mengukuhkan pertumbuhan industri perkayuan jelasnya, PUSAKA memantapkan lagi usaha yang memberi fokus kepada inisiatif R&D, penambahbaikan teknologi yang lebih inovatif dan berkesan untuk menjana produktiviti serta nilai tambah yang lebih tinggi selain berdaya saing.
"Penggunaan bahan mentah alternatif khususnya daripada ladang hutan juga adalah digalakkan untuk menghasilkan produk untuk pasaran eksport," jelasnya.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Nilai Eksport Kayu Sarawak Turun
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Nilai Eksport Kayu Sarawak Turun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Nilai Eksport Kayu Sarawak Turun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-nilai-eksport-kayu-sarawak.html