link : 'Masih Buru Suspek'
'Masih Buru Suspek'
LONDON: Pihak berkuasa Britain masih memburu suspek berkaitan dengan pengeboman di Manchester dan mempercayai anggota rangkaian penyerangnya, Salman Abedi masih berkeliaran.
Setiausaha Dalam Negeri Amber Rudd berkata, operasi memburu mereka masih diteruskan manakala polis berkata, 1,000 orang terbabit dalam siasatan untuk mencari rakan subahat Salman selain menjejaki pergerakannya pada hari-hari menjelang serangan minggu lalu.
“Sehingga operasi diselesaikan, kami tidak menganggap siasatan ini dihentikan,” kata Amber.
Salman, 22, lelaki tempatan berketurunan Libya, membunuh 22 orang dan dirinya sendiri dalam serangan 22 Mei lalu ketika konsert penyanyi pop, Ariana Grande di Manchester Arena.
Setakat ini polis menahan 11 suspek termasuk abang Salman, Ismail, selain menyerbu beberapa kediaman di bandar di barat laut England itu. Bapa dan seorang adik Salman ditahan di Libya.
Sabtu lalu, Britain menurunkan amaran tahap keganasannya daripada ‘kritikal’ selepas polis berkata, sebahagian besar rangkaian Salman berjaya dipatahkan.
Polis turut menyiarkan rakaman kamera Salman pada malam kejadian dan merayu pihak berkenaan membekalkan lebih banyak maklumat mengenai hari-hari terakhirnya.
Menurut polis, dia kembali ke Manchester dari Libya pada 18 Mei lalu dan dipercayai menyiapkan bomnya di sebuah apartmen di tengah Manchester.
Gambar turut menunjukkan Salman ketika beberapa jam sebelum serangan itu, memakai seluar jeans, jaket dan topi besbol serta membawa beg galas.
Sementara itu, kawalan keselamatan ditingkatkan di seluruh Britain semalam, termasuk untuk acara Larian Great Manchester yang turut melihat kehadiran polis bersenjata lengkap. - AP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel 'Masih Buru Suspek'
Sekianlah artikel 'Masih Buru Suspek' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Masih Buru Suspek' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/masih-buru-suspek.html