Mengaku salah siram air panas

Mengaku salah siram air panas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengaku salah siram air panas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengaku salah siram air panas
link : Mengaku salah siram air panas

Baca juga


Mengaku salah siram air panas

LIMA lelaki dijatuhi hukuman penjara selama lima hari dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas pertuduhan merusuh dan mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan air panas di sekitar daerah ini, Sabtu lalu.

Majistret Raja Noor Adila Raja Mahyaldin memutuskan demikian selepas tertuduh iaitu Adlan Ramli, 37, Mohd Fiqri Abd Halim, 25, Shahbani Basia, 33, Azwan Kamar, 35, dan Erwan Abd Ghani, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan bersama itu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa hadir dalam rusuhan dengan memiliki satu termos mengandungi air panas iaitu alat (benda melecur) yang digunakan untuk menyerang hingga menyebabkan kecederaan Mohamad Norariff Ab Latif, 25.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Mawar 1, Kampung Paya Jaras Hilir, di sini, antara 1 hingga 3 pagi, 20 Mei lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Haziqah Haziqah Zulkifli manakala semua tertuduh diwakili peguam bela Nurul Ikrimah Mohd Raya.

Dalam prosiding sama, tiga individu lain bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan memohon dibicarakan.

Muka depan Harian Metro sebelum ini melaporkan luluh hati seorang bapa apabila melihat anak tunggalnya lunyai dibelasah sekumpulan lelaki selain dijirus air panas menggelegak ke muka dan kepala.

Tindakan itu menyebabkan Mohd Norariff pengsan akibat tidak dapat menahan kesakitan selepas melecur teruk.

Difahamkan mangsa dipukul sekumpulan lelaki didalangi bekas anggota sebuah kumpulan rock di Kampung Paya Jaras Hilir itu dengan bersenjatakan rotan dan kayu.

Polis kemudian memberkas sembilan suspek bagi membantu siasatan kes itu.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mengaku salah siram air panas

Sekianlah artikel Mengaku salah siram air panas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengaku salah siram air panas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mengaku-salah-siram-air-panas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :