PAN Dakwa PAS Salah Penggunaan Agama

PAN Dakwa PAS Salah Penggunaan Agama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAN Dakwa PAS Salah Penggunaan Agama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAN Dakwa PAS Salah Penggunaan Agama
link : PAN Dakwa PAS Salah Penggunaan Agama

Baca juga


PAN Dakwa PAS Salah Penggunaan Agama

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan aspek agama tidak sepatutnya diambil kira dalam usaha untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil mendakwa disebabkan itu PAS tersilap kerana mempertimbangkan tentang agama dalam menilai dakwaan yang dilemparkan ke atas Najib.

“PAS terus menyepi malah menyokong Najib apabila terdapat kenyataan pemimpin kanan PAS bahawa dakwaan terhadapnya memerlukan empat orang saksi.

“Penggunaan agama pada tempat yang salah tidak seharusnya dilakukan PAS di mana walaupun terdapat prima facie, ia diselamatkan PAS atas naratif agama,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faiz dalam pada itu membidas PAS kerana menolak pelawaan Pakatan Harapan supaya kembali menjalin kerjasama untuk menumbangkan parti Melayu UMNO.

Beliau mendakwa PAS telah terlupa kepada ungkapan ‘musuh kepada musuh aku adalah rakanku’ kerana PAS sepatutnya menjadikan Pakatan Harapan sebagai rakan.

Pakatan Harapan memujuk PAS kembali bekerjasama sejak akhir tahun lalu selepas mendapati penyertaan kaum Melayu dalam perhimpunan anti-kerajaan Bersih 5 tidak ramai.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh parti sekular DAP, parti liberal Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN dua tahun lalu selepas menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.

Pakatan Harapan kemudian menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menumbangkan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mahathir keluar daripada UMNO gara-gara berdendam dengan pimpinan Kerajaan Persekutuan kerana beberapa kepentingan peribadinya termasuk dalam bidang perniagaan tidak dipenuhi. – Mynewshub.cc

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PAN Dakwa PAS Salah Penggunaan Agama

Sekianlah artikel PAN Dakwa PAS Salah Penggunaan Agama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAN Dakwa PAS Salah Penggunaan Agama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pan-dakwa-pas-salah-penggunaan-agama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :