link : Pelajar Cemerlang Boleh Jadi Pelapis Pentadbiran Negara
Pelajar Cemerlang Boleh Jadi Pelapis Pentadbiran Negara
SEREMBAN – Pelajar cemerlang boleh menjadi pelapis dalam pentadbiran negara kerana ilmu yang dimiliki mereka boleh disalurkan semula dalam pembangunan negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata justeru kerajaan negeri komited untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu yang mampu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.
“Pelajaran adalah penting kerana dengan ilmu sahaja dapat memastikan sesebuah masyarakat itu boleh bersaing dan bersama-sama untuk membina negara dan memajukan diri sendiri, walaupun negeri kita tidak besar tetapi saya mahu negeri ini melahirkan lebih ramai cerdik pandai.
“Pentadbiran negara juga harus ditadbir oleh golongan yang berilmu dan pentadbiran, kita kena pastikan orang yang lebih cerdik membawa negara kita lebih maju,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Bagi Anak Persatuan Cina Rantau yang turut dihadiri presiden persatuan itu, Lay Song Sin.
Pada majlis itu, seramai 37 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima sijil penghargaan dan wang tunai.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata seramai 1,790 anak negeri yang berjaya telah diberikan Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan sejak ia dilancarkan pada 2006. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pelajar Cemerlang Boleh Jadi Pelapis Pentadbiran Negara
Anda sekarang membaca artikel Pelajar Cemerlang Boleh Jadi Pelapis Pentadbiran Negara dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pelajar-cemerlang-boleh-jadi-pelapis.html