link : Pindah Dekat Dengan Rumah Brad Pitt
Pindah Dekat Dengan Rumah Brad Pitt
Aktres Angelina Jolie dikatakan belum benar-benar bersedia melihat Brad Pitt ‘pindah’ ke hati wanita lain. Meskipun telah berpisah, bintang Maleficent ini tidak ingin Pitt bersama mana-mana wanita. Memikirkan aktor “Allied” itu mempunyai kekasih baru, membuat perasaan Angie tidak tentu arah.
“Angelina tidak mahu turut merasa bahagia jika Brad mulai mendampingi wanita lain, sama sekali tidak!.
“Dia mungkin telah putus dengannya, tetapi itu tidak bererti, dia ingin orang lain memilikinya (Pitt)!,” ujar sumber seperti yang dilaporlan Hollywoodlife.
Sumber tersebut turut mendedahkan sebab mengapa Angie tidak mahu bekas pasangannya itu memiliki kekasih baru. Menurutnya, aktres berusia 41 tahun ini tidak ingin melihat anak-anaknya terikat dengan wanita lain.
“Angie memiliki rasa cemburu yang mengerikan. “Ia tidak tahan membayangkan Brad jatuh ke pelukan orang lain. Ditambah lagi, Angie berasa benci kerana anak-anaknya berada di sekeliling wanita lain.”
Ternyata buat masa ini Angie mahu Brad memberi fokus membesarkan keenam anak mereka.
Justeru beliau berharap Angie perpindahannya ke rumah baru menjadi langkah awal yang baik untuk dirinya, anak-anak dan Pitt.
Laporan Aceshowbiz menyebut, Angie telah membeli sebuah rumah mewah di Los Angeles yang terletak dekat dengan tempat tinggal Brad Pitt.
Sekitar bulan lalu, sebuah lori pengangkut kelihatan di depan rumah sekaligus mengesahkan Angie akan segera pindah ke rumah barunya itu.
Jarak antara rumah baru Angie dengan Pitt hanya sekitar lima mini saja. Sama seperti tempat tinggal sebelumnya, kediaman baru Angie ini juga sangat mewah dan luas. Rumah tersebut mempunyai enam bilik tidur dan 10 bilik mandi, ditambahkan lagi sebuah ruang perpustakaan dan gimnasium.
The post Pindah Dekat Dengan Rumah Brad Pitt appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pindah Dekat Dengan Rumah Brad Pitt
Anda sekarang membaca artikel Pindah Dekat Dengan Rumah Brad Pitt dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pindah-dekat-dengan-rumah-brad-pitt.html