link : Saya tidak mabuk, hanya ambil ubat - Tiger Woods
Saya tidak mabuk, hanya ambil ubat - Tiger Woods
Dalam satu kenyataan Woods berkata alkohol sama sekali tiada kaitan dengan penahanannya itu.
Namun beliau memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara tersebut.
"Saya ingin orang ramai tahu tiada alkohol terbabit dengan penahanan saya,” katanya.“Apa yang berlaku adalah tindak balas yang tidak dapat dijangka dari ubat-ubatan yang diambil. Saya tidak sedar campuran ubat-ubatan ini memberikan kesan yang kuat.
“Saya juga ingin memohon maaf sepenuhnya kepada keluarga, rakan dan peminat. Saya pun mengharapkan sesuatu yang lebih dari diri sendiri,” menurut kenyataan itu lagi.
Woods ditahan sekitar 7 pagi semalam dalam keadaan tidak terurus tetapi dan dibebaskan beberapa jam kemudian.
Dia bagaimanapun didakwa kerana memandu di bawah pengaruh, DUI.
Jaguh dunia 14 kali itu kini terpaksa berehat daripada terlibat dalam sebarang pertandingan bagi memastikan pemulihannya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Saya tidak mabuk, hanya ambil ubat - Tiger Woods
Anda sekarang membaca artikel Saya tidak mabuk, hanya ambil ubat - Tiger Woods dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/saya-tidak-mabuk-hanya-ambil-ubat-tiger.html