SPRM ada cara tersendiri kesan rasuah - Pengarah SPRM Johor

SPRM ada cara tersendiri kesan rasuah - Pengarah SPRM Johor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM ada cara tersendiri kesan rasuah - Pengarah SPRM Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM ada cara tersendiri kesan rasuah - Pengarah SPRM Johor
link : SPRM ada cara tersendiri kesan rasuah - Pengarah SPRM Johor

Baca juga


SPRM ada cara tersendiri kesan rasuah - Pengarah SPRM Johor

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai cara tersendiri untuk mengesan individu yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Cara itu sama ada menerusi penyiasatan secara menyeluruh dan kecekapan pegawai SPRM.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata sekiranya individu terbabit disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah, pihaknya boleh menyiasat dari segi kiraan tangga gaji dan nilai harta yang disimpan sama ada dalam negara ataupun luar negara.

Katanya, jika mereka yang terlibat dalam rasuah tahu strategi untuk menyembunyikan bukti.

Pegawai SPRM lebih bijak dalam mencari segala maklumat berkaitan.

“Katakan seorang individu itu dalam pemerhatian, kita boleh tengok pendapatan dia dari tarikh pertama dia masuk kerja sehingga hari dia disiasat dalam proses tu kita akan.

“Lihat segala pendapatan yang dia ada – pendapatan dia akan diletakkan dalam akaun unit amanah, dalam deposit simpanan mana-mana bank, tunai atau akaun mungkin diletak di rumah dalam peti ais, mesin basuh, dalam setor, bawah katil, atau celah dinding. Proses (pemeriksaan dan siasatan) sangat normal. Bagi kita, bau itu (pihak SPRM) sudah tahu di mana,” ujar Azmi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) yang disertai 200 kakitangan IRDA di pejabat IRDA Johor Bahru, Johor.

IRDA menjadi wilayah koridor ekonomi pertama di Malaysia yang menandatangani IBR.

Turut hadir Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim.

Sementara itu, Datuk Ismail berkata majlis IBR itu memperlihatkan komitmen IRDA dalam usaha memastikan pentadbiran organisasi kekal tulus dan bebas daripada unsur rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan untuk membangunkan Iskandar Malaysia sebagai metropolis bertaraf antarabangsa.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel SPRM ada cara tersendiri kesan rasuah - Pengarah SPRM Johor

Sekianlah artikel SPRM ada cara tersendiri kesan rasuah - Pengarah SPRM Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM ada cara tersendiri kesan rasuah - Pengarah SPRM Johor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sprm-ada-cara-tersendiri-kesan-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :