Wilma gugup di lokasi

Wilma gugup di lokasi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wilma gugup di lokasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wilma gugup di lokasi
link : Wilma gugup di lokasi

Baca juga


Wilma gugup di lokasi

Hampir dua dekad tidak berlakon, Wilma Muhammad kembali semula menerusi filem epik berjudul 1875.

Wilma, 44, berkata, kali terakhir dia berlakon menerusi filem Pasrah pada 1999.

“Saya akui agak gugup apabila kembali menjalani penggambaran filem.

“Sebenarnya saya sudah mula berlakon beberapa drama tahun lalu tetapi perasaannya berbeza apabila berlakon filem,” katanya.

Menurut Wilma, wataknya sebagai Toh Puan Long Lijah agak mencabar memandangkan tidak banyak rujukan mengenainya.

“Tak banyak yang boleh dirujuk. Ia tidak seperti Datuk Maharaja Lela yang memang dikenali ramai.

“Bagi melakonkan watak ini, saya banyak meluangkan masa dengan penulis skrip, Muha Aziz memandangkan hanya dia yang boleh menggambarkan watak itu seperti dimahukannya,” katanya.

Ditanya apa daya penarik utama 1875 yang membuatkannya menerima tawaran itu, Wilma mengakui ada kelainan yang dilihatnya.

“Dari dulu lagi, saya suka melakukan perkara baru dan sesuatu yang belum pernah saya cuba. Untuk watak dalam filem sejarah begini, ini adalah kali pertama untuk saya.

“Filem sebegini memerlukan saya melakukan lebih banyak kajian bagi menjiwai watak.

“Dalam filem yang pernah saya lakonkan sebelum ini pun, contohnya Ghazal Untuk Rabiah, saya melakukan kajian terperinci untuk menjayakan watak gadis desa,” katanya.

Ditanya sama ada imejnya yang kini bertudung mengehadkan lakonannya, Wilma menolak hakikat itu.

“Bagi saya, tiada had dalam lakonan walaupun bertudung. Ada juga watak jahat yang saya terima contohnya dalam Pondok Itu Rumahku, saya memegang peranan sebagai penjahat yang memperdagangkan kanak-kanak,” katanya.

Wilma berkata, dia tidak terlalu cerewet dalam pemilihan watak.

Ditanya perbezaan yang dirasakannya dalam industri hari ini berbanding dahulu, banyak perbezaan yang dilihat.

“Kalau dulu, tak ada perkara viral seperti hari ini. Mungkin kerana kepesatan media sosial, ramai yang mudah tahu dan ingin tahu mengenai artis kegemaran mereka.

“Saya sendiri pun bukanlah terlalu obses dengan media sosial, tetapi kerana mengikut arus masa, saya diminta untuk membuka akaun Instagram.

“Sejujurnya, Instagram sangat membantu dalam kerjaya seseorang artis, namun ada faedah dan kekurangannya. Jadi, perlu gunakannya secara betul,” katanya.

Terbaru, Wilma juga sedang menjalani penggambaran drama bersiri Ku Kirim Cinta yang akan mula ditayangkan Isnin ini di slot Akasia, TV3.

The post Wilma gugup di lokasi appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Wilma gugup di lokasi

Sekianlah artikel Wilma gugup di lokasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wilma gugup di lokasi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/wilma-gugup-di-lokasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :