4 Lelaki Ditahan JAIPs Dalam Op Ramadan Di Kangar

4 Lelaki Ditahan JAIPs Dalam Op Ramadan Di Kangar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 4 Lelaki Ditahan JAIPs Dalam Op Ramadan Di Kangar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4 Lelaki Ditahan JAIPs Dalam Op Ramadan Di Kangar
link : 4 Lelaki Ditahan JAIPs Dalam Op Ramadan Di Kangar

Baca juga


4 Lelaki Ditahan JAIPs Dalam Op Ramadan Di Kangar

KANGAR – Empat lelaki beragama Islam memberikan pelbagai alasan ketika ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) kerana makan, minum atau menghisap tembakau di tempat terbuka, semalam.

Pengarahnya, Dr Hazman Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, mereka yang berusia antara 30 dan 50 tahun itu ditahan dalam Operasi Bersepadu Ramadan 1438H pada 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di lima premis sekitar bandar Kangar.

“Antara alasan mereka tidak berpuasa ketika ditahan adalah kerana perlu makan ubat dan tidak sempat bersahur,” katanya.

Kesemua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 25 (1) (b) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 (Pindaan 2012) yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, sementara kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Operasi dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu sebagai usaha membendung aktiviti penjualan makanan siap dimasak sebelum 2 petang sepanjang Ramadan.

Peniaga Islam yang melanggar peraturan jualan seperti yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 25 (1) (a) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 (Pindaan 2012).

Bagi kesalahan itu, peniaga boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama sementara bagi kesalahan kedua serta berikutnya denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 4 Lelaki Ditahan JAIPs Dalam Op Ramadan Di Kangar

Sekianlah artikel 4 Lelaki Ditahan JAIPs Dalam Op Ramadan Di Kangar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 4 Lelaki Ditahan JAIPs Dalam Op Ramadan Di Kangar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/4-lelaki-ditahan-jaips-dalam-op-ramadan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :