APM Sabah Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri

APM Sabah Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APM Sabah Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APM Sabah Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri
link : APM Sabah Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri

Baca juga


APM Sabah Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri

KOTA KINABALU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah akan melancarkan Op Bantu sempena perayaan Aidilfitri ini dalam tempoh terdekat, kata Pengarahnya Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin.

Beliau berkata operasi itu akan dilaksanakan di 13 jalan utama di seluruh negeri bagi membantu pengguna jalan raya sekiranya menghadapi sebarang masalah termasuk kerosakan kenderaan ketika dalam perjalanan pergi dan balik daripada bercuti di kampung pada musim perayaan.

“APM Sabah mempunyai kekuatan seramai 2,307 anggota. Anggota akan ditempatkan di jalan utama di seluruh negeri bagi menjalankan operasi membantu pengguna jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan aset dan logistik bencana kepada APM Sabah di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) orang hilang di Kampung Mangkupa Popok, Kota Marudu, itu sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada pihak polis.

“Jarak keluasan pencarian adalah kira-kira 20 kilometer dari darat ke laut. Kawasan pencarian memang luas membabitkan paya bakau dan kawasan pesisir pantai,” katanya.

Pada 6 Jun, Yanting Baran, 68, dilaporkan hilang selepas dipercayai masuk ke kawasan hutan paya bakau di kampung berkenaan untuk mencari daun nipah pada 11.30 pagi.

Mulliadi berkata, pencarian warga emas lelaki itu yang masuk hari keenam pada hari ini turut menggunakan bot jenis inflatable dan bantuan drone bagi mendapatkan sudut pandangan atas kawasan pencarian mangsa. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel APM Sabah Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri

Sekianlah artikel APM Sabah Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APM Sabah Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/apm-sabah-lancar-op-bantu-sempena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :