Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM

Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM
link : Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM

Baca juga


Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar tidak terus hanyut dalam keghairahan menyambut Syawal hingga terlepas peluang beribadah di 10 malam terakhir Ramadan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengingatkan rakyat agar tidak terlalu alpa sehingga terlepas malam yang lebih baik  daripada seribu bulan.

“Saya berharap kita tidak alpa akan peluang yang diberikan oleh Allah SWT sekali lagi, untuk kita menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan ini.

“Janganlah kita tenggelam dalam keghairahan menyambut Syawal kerana kita mungkin akan terlepas malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul-Qadar,” katanya dalam posting terbaru di blog beliau najibrazak.com.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkongsikan  sabda Rasulullah SAW mengenai penghayatan 10 malam terakhir Ramadan untuk semua masyarakat beragama Islam;

“Ganjaran besar juga dijanjikan kepada umat Islam yang menghayati dan melipatgandakan amalan pada sepuluh malam terakhir sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang melakukan qiam (solat malam) pada malam al-Qadar kerana iman dan mengharapkan (pahala) nescaya dosanya yang lalu diampuni.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).”

Beliau turut berkongsikan satu doa sebagai usaha untuk bertemu dengan malam Lailatul-Qadar.

“Saya juga ingin kongsikan salah satu doa yang boleh dibaca sebagai satu usaha untuk menemui Lailatul-Qadar yang bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku.” (Riwayat Tirmidzi)

“Insya-Allah, marilah kita menyempurnakan ibadat kita di bulan Ramadan ini dengan mencuba mendapatkan keberkatan Lailatul-Qadar,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM

Sekianlah artikel Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan – PM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/hidupkan-10-malam-terakhir-ramadan-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :