link : Jubah dan Abaya bukan baju raya kita! – Erma Fatima
Jubah dan Abaya bukan baju raya kita! – Erma Fatima
Erma Fatima berkata dia ingin mengembalikan gaya tradisional orang Melayu dengan memperkenalkan koleksi pakaian Mak Cun. Ia merupakan rekaan pakaian berdasarkan wataknya dalam drama popular Mokcun.
“Koleksi Mak Cun ditampilkan dengan mengambil ilham daripada watak yang saya lakonkan dalam drama terbabit. Manakala sebuah lagi koleksi saya, Khalif, pula adalah rekaan yang diinspirasi daripada pakaian yang saya gemari.
“Saya jenis wanita yang suka bergaya pelik, tetapi tidak melupakan elemen batik untuk setiap koleksi dihasilkan. Jadi, saya suai padankan semuanya.
“Koleksi saya pun hanya menggunakan kain kapas dan tidak mahal. Ia pakaian harian yang sangat praktikal. Sejujurnya, dua koleksi saya hasilkan ini bertujuan untuk mengembalikan gaya tradisi ketika sambutan raya dan pemakaian harian,
“Jubah dan abaya bukan baju raya kita. Gaya sedemikian adalah lebih kepada orang Arab.
“Saya pula mahu kembalikan gaya Melayu yang masih bercirikan ketimuran,” katanya kepada Berita Harian.
Tag : Berita Artis , Erma Fatimah , Fesyen Baju , Jubah , Pelakon , Pengarah Filem
The post Jubah dan Abaya bukan baju raya kita! – Erma Fatima appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Jubah dan Abaya bukan baju raya kita! – Erma Fatima
Anda sekarang membaca artikel Jubah dan Abaya bukan baju raya kita! – Erma Fatima dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/jubah-dan-abaya-bukan-baju-raya-kita_22.html