link : Malaysia rangkul gangsa pada acara memanah Piala Dunia 2017
Malaysia rangkul gangsa pada acara memanah Piala Dunia 2017
Pasukan negara dibarisi Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad dan Muhammad Akmal Nor Hasrin memulakan kempen acara berpasukan dengan mengejutkan tuan rumah, Amerika Syarikat 5-4 pada pusingan pertama.
Pada saingan suku akhir, pasukan negara mengalahkan Great Britain 5-4 tetapi gagal meneruskan kemaraan apabila tewas 1-5 kepada Rusia di peringkat separuh akhir.Menurut laman web rasmi Persekutuan Memanah Dunia, worldarchery.org, pasukan Rusia diwakili Vitalii Popov, Arsalan Baldanov dan Artem Makhenko menangi pingat emas selepas mengalahkan pasukan trio dari Taiwan, Deng Yu-cheng, Peng Shih-cheng dan Wei Chun-heng 5-1 pada final.
Bagi acara individu, hanya Muhammad Akmal menamatkan pusingan kelayakan individu di kelompok 10 terbaik selepas mengutip 648 mata untuk menghuni tangga ketujuh.
Lebih 300 peserta dari 40 negara mengambil bahagian pada kejohanan dunia itu.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Malaysia rangkul gangsa pada acara memanah Piala Dunia 2017
Anda sekarang membaca artikel Malaysia rangkul gangsa pada acara memanah Piala Dunia 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/malaysia-rangkul-gangsa-pada-acara.html