link : Park Hae Jin Pilih ‘Bromance’ Daripada ‘Romance’
Park Hae Jin Pilih ‘Bromance’ Daripada ‘Romance’
Aktor kacak, Park Hae Jin, mengakui dia sebenarnya lebih suka bergandingan dengan pelakon lelaki berbanding melakonkan babak jatuh cinta atau romantik dengan pasangan pelakon wanita.
Bagi pemuda berusia 34 tahun ini, berlakon jatuh cinta adalah perkara yang paling susah untuk dilakukannya.
Kata bintang drama Man To Man ini, sudah lama dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita justeru membuatkan dia sukar untuk mengekspresikan perasaan jatuh cinta.
“Saya lebih selesa bergandingan bersama pelakon lelaki. Saya sungguh lemah kalau babak romantik.
“Saya bersyukur, babak romantik dalam Man To Man hanya untuk bahagian ketika penyamaran karakter saya.
“Sudah lama saya tidak bercinta di dunia nyata, jadi cukup sukar bagi saya untuk mengekspresikan perasaan pasangan yang bercinta. Melakonkan babak romantik adalah paling susah bagi saya,” jelasnya seperti yang dilaporkan Soompi.
Hae Jin juga berharap segera dipertemukan dengan seorang wanita yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidupnya.
“Saya akan teus bercinta jika saya bertemu seseorang yang saya suka,” katanya.
Sementara itu, berkongsi mengenai drama Man To Man, dia yang memengang watak agen perisik berkata, banyak aksi dan stunt misalnya, babak kereta terbalik dilakukannya sendiri tanpa bantuan stuntman.
“Saya sebolehnya tidak menggunakan khidmat stuntman atau pelakon pengganti tambahan kalau babak itu hanya babak hanya berlari.
“Malah untuk babak kereta terbalik, saya melakukannya sendiri. Saya seorang ynag berani? Tidak. Saya sebenarnya sangat takut dengan hantu, saya seorang yang penakut,” dedahnya jujur.
The post Park Hae Jin Pilih ‘Bromance’ Daripada ‘Romance’ appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Park Hae Jin Pilih ‘Bromance’ Daripada ‘Romance’
Anda sekarang membaca artikel Park Hae Jin Pilih ‘Bromance’ Daripada ‘Romance’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/park-hae-jin-pilih-bromance-daripada.html