link : Razie bawa kita ke Piala Dunia
Razie bawa kita ke Piala Dunia
SKUAD hoki lelaki negara sah ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India, selepas menewaskan gergasi Asia, India 3-2, pada suku akhir kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, di London, awal pagi ini.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia bakal bertemu pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Argentina, pada separuh akhir, esok.
Ketua jurulatih, Stephen Van Huizen memuji kesungguhan barisan pemainnya untuk mencari kemenangan untuk mengesahkan slot ke Piala Dunia itu.
GAMBAR dipetik daripada Fb Konfederasi Hoki Malaysia
"Saya dapat lihat setiap pemain bekerja keras dan memenangi perlawanan ini sebagai satu pasukan.
"Mereka beraksi dengan sangat baik dan yang paling penting ialah kita kini layak ke Piala Dunia 2018 secara merit.
"Walaupun pada satu ketika mendahului, tetapi kita kemudian membenarkan lawan menyamakan kedudukan.
“Setiap pemain berjuang sehingga tamat perlawanan untuk mendapatkan kemenangan," katanya.
Berdasarkan format kejohanan, lima pasukan terbaik daripada setiap saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London dan Johannesburg (8-23 Julai) akan secara automatik ke Piala Dunia 2018.
Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Hoki dan Tennis Lee Valley itu, Nabil Fiqri Mohd Noor hampir meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-17, namun cubaannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol India, Vikas Dahiya.
Dua minit selepas itu, Vikas menafikan pula cubaan penyerang negara, Shahril Saabah.
Namun, Razie Rahim akhirnya berjaya menewaskan Vikas menerusi pukulan sudut penalti m-19.
GAMBAR dipetik daripada Fb Konfederasi Hoki Malaysia
Skuad negara mengukuhkan kedudukan apabila seminit selepas itu Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil, menampan kemas masuk ke gawang lawan menerusi pukulan sudut penalti Razie Rahim.
Bagaimanapun, kedudukan 2-0 itu tidak bertahan lama apabila Ramandeep Singh menyumbang dua gol pantas m-31 untuk menyamakan kedudukan 2-2.
Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bersaing untuk mencari gol kemenangan.
Razie muncul wira pasukan negara apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti m-48.
Untuk rekod, India berada di ranking ke-6 dunia manakala Malaysia di tangga ke-14 manakala kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Dunia adalah di The Hague, Belanda, pada 2014.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Razie bawa kita ke Piala Dunia
Anda sekarang membaca artikel Razie bawa kita ke Piala Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/razie-bawa-kita-ke-piala-dunia.html