SPR Mungkin, Gunakan Peta Lama Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Ini

SPR Mungkin, Gunakan Peta Lama Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR Mungkin, Gunakan Peta Lama Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR Mungkin, Gunakan Peta Lama Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Ini
link : SPR Mungkin, Gunakan Peta Lama Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Ini

Baca juga


SPR Mungkin, Gunakan Peta Lama Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Ini

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin perlu menggunakan peta lama persempadanan untuk semua kawasan Parlimen serta negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), memandangkan ada pihak sudah membawa pertikaian berhubung cadangan persempadanan semula ke mahkamah.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dipetik Oriental Daily berkata, SPR tidak boleh menggunakan peta persempadanan semula yang baharu, tanpa Selangor dan Melaka yang sudah memfailkan permohonan di mahkamah.
Beliau tidak pasti jika proses persempadanan semula untuk kawasan tertentu sempat disiapkan menjelang PRU14.
“Jika tidak sempat, PRU akan datang perlu menggunakan peta asal persempadanan.”
Penggunaan peta baru atau lama persempadanan semula pada PRU14 akan mendatangkan kesan mendalam.
Sesetengah pemimpin pembangkang seperti Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin penyandang kerusi Parlimen Pagoh, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di kerusi Parlimen Lembah Pantai dan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering mungkin tewas disebabkan persempadanan semula.
Pada 19 Oktober 2016, kerajaan Selangor yang diwakili Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan negeri di Selangor oleh SPR.
Azmin turut memohon mendapatkan perisytiharan kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaru dalam melaksanakan persempadanan semula itu adalah tidak mengikut Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu tidak sah dan terbatal.
Pada 13 April lalu pula, 7 pengundi kawasan Kota Melaka memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di negeri itu oleh SPR.
Aktivis sosial, Chan Tsu Chong yang mewakili 6 lagi plaintif dilaporkan berkata, tindakan SPR itu menyebabkan berlaku jurang jumlah pengundi yang ketara di beberapa kawasan di Melaka, khususnya di Parlimen Kota Melaka dan DUN Taboh Naning.
Mengenai pelaksanaan sistem pendaftaran pengundi secara automatik atau dalam talian, Hashim berkata, 2 sistem itu tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana mempunyai banyak kelemahan dan tidak boleh dipercayai.
“Untuk mendapatkan hak mengundi, had umur ialah satu daripada syarat, selain taraf kewarganegaraan, rekod jenayah juga memerlukan penelitian.
“Jika sistem pendaftaran pengundi secara automatik adalah sempurna, semua negara sudah menggunakannya.”
Mengulas lanjut, Hashim berkata, pihaknya sudah bersiap sedia menghadapi PRU14, walaupun kerajaan belum menetapkan tarikh dan peruntukan.
“Walaupun ini kali pertama saya akan mengendalikan PRU, tetapi saya tidak terlalu tertekan atau cemas.
“Pilihan raya negeri di Sarawak pada tahun lalu boleh dikatakan latihan. Walaupun saya orang baru, tetapi kebanyakan petugas SPR ialah orang lama dan mereka berpengalaman, jadi saya tak bimbang.” #sumber


Demikianlah Artikel SPR Mungkin, Gunakan Peta Lama Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Ini

Sekianlah artikel SPR Mungkin, Gunakan Peta Lama Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR Mungkin, Gunakan Peta Lama Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/spr-mungkin-gunakan-peta-lama-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :