Cekal Teruskan Tradisi Paluan Kompang

Cekal Teruskan Tradisi Paluan Kompang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cekal Teruskan Tradisi Paluan Kompang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cekal Teruskan Tradisi Paluan Kompang
link : Cekal Teruskan Tradisi Paluan Kompang

Baca juga


Cekal Teruskan Tradisi Paluan Kompang

MELAKA – Seorang pembuat kompang di Melaka masih cekal menghasilkan alat muzik itu yang biasanya menjadi pelengkap majlis kenduri perkahwinan orang Melayu.

Muhamad Shabri Kasim, 35, berkata permintaan pelanggan bergantung mengikut musim dan biasanya ia meningkat menjelang cuti sekolah yang menjadi musim mengadakan majlis perkahwinan.

“Bila tiba musim cuti sekolah, kita terima banyak tempahan kompang berbanding biasa iaitu dalam lingkungan 150 hingga 200 buah,” kata generasi kedua pembuat kompang itu kepada Bernama.

Muhamad Shabri berkata selain menerima tempahan dalam negeri, beliau pernah menerima tempahan dari luar negara seperti Belanda, Korea Selatan, Itali dan Qatar.

Dengan lebih lima tahun pengalaman menghasilkan kompang, beliau berkata secara purata syarikat miliknya Gema Seni yang terletak di Kampung Pulai, Merlimau mampu menghasilkan 100 kompang sebulan dengan bantuan dua pekerja.

Muhamad Shabri berkata harga kompang dijual berdasarkan saiz dan ia secara purata dijual dengan harga RM75 sebuah

“Kita mengutamakan kualiti dalam menghasilkan kompang agar ia mampu bertahan lebih lama…biasanya kompang yang kami hasilkan dapat digunakan untuk tempoh dua hingga tiga tahun,” katanya.

Muhamad Shabri  berkata walaupun menggunakan bantuan mesin bagi mempercepatkan proses pengeluaran, beliau masih menggunakan kaedah tradisional dalam proses memaku bagi menjaga kualiti kompang yang dihasilkan.

Beliau berkata kompang terhasil gabungan daripada dua material utama iaitu kayu dan kulit kambing.

“Pelbagai jenis kayu boleh digunakan untuk membuat kompang seperti kayu leban, sena, nangka, mangga dan mahogani. Kayu yang sudah dipotong, dilarik menjadi rangka atau bingkai berbentuk bulat yang lebih tepat dikenali sebagai ‘baloh’,” katanya.

Selain kompang, syarikat itu turut menghasilkan alat muzik tradisional lain seperti gendang silat, rebana tradisional, rebana moden dan jidur.

Dalam pada itu, Muhamad Shabri berhasrat menubuhkan pasukan kompangnya sendiri dengan pemainnya mengenakan busana tradisional dalam usaha memelihara budaya masyarakat Melayu itu. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Cekal Teruskan Tradisi Paluan Kompang

Sekianlah artikel Cekal Teruskan Tradisi Paluan Kompang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cekal Teruskan Tradisi Paluan Kompang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/cekal-teruskan-tradisi-paluan-kompang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :