link : Individu Hina Yang di-Pertuan Agong di Facebook Berjaya Ditahan
Individu Hina Yang di-Pertuan Agong di Facebook Berjaya Ditahan
Kuala Lumpur, 5 Julai 2017 - Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya mengesan dan menahan seorang pengguna Facebook kerana menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan penangkapan itu menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.
"Syabas JSJ KL @PDRMsia bjaya tkap 'Catt Ginger' yg menghina KDYMM YDP Agung. #GoPDRMGo".
Sebelum ini, orang ramai menggesa pihak polis agar menyiasat akaun Facebook 'Catt Ginger' yang memuat naik satu foto Yang di-Pertuan Agong yang memanipulasi gambar Agong di bahagian hidung.
Dalam pada itu, akaun Facebook terbabit juga telah dipadam.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Individu Hina Yang di-Pertuan Agong di Facebook Berjaya Ditahan
Sekianlah artikel Individu Hina Yang di-Pertuan Agong di Facebook Berjaya Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Individu Hina Yang di-Pertuan Agong di Facebook Berjaya Ditahan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/individu-hina-yang-di-pertuan-agong-di.html