link : Jimat RM26 Duit Cuci Gambar, Lelaki Ini Kongsi Cara Macam Mana Nak ‘Edit’ Gambar Passport Guna 'Phone'
Jimat RM26 Duit Cuci Gambar, Lelaki Ini Kongsi Cara Macam Mana Nak ‘Edit’ Gambar Passport Guna 'Phone'
Lepas ini dah tak payah susah-susah, admin tahu korang mesti ada saja gambar kan, boleh guna gambar tu, buatkan nampak macam gambar passport saja. Mudah, jimat duit dekat situ.
Inia da caranya yang boleh buat guna ‘handphone’ je, saudara Harith Faisal ada kongsikan langkah demi langkah macam mana nak but.
Jom kita ikut macam mana nak buat.
Saya berjaya jimat RM26 hari ni! Maklumlah, zaman kos sara hidup tinggi ni, selagi boleh jimat, kita jimatlah, kan. 16 keping gambar passport pada harga RM2 saja.
Semudah ABC! Boleh follow tutorial yang saya kongsikan ni. Baca penerangan pada setiap gambar kat bawah ni dengan nada, intonasi dan emosi yang gembira dan teruja.
Bahan-bahannya,
1. Smartphone
2. Pendrive 4GB kuning
3. Otak yang smart
4. Sedikit kerajinan
Selamat mencuba gais. Nak hidup jimat, kena usahalah sikit, kan. RM26 sangat bernilai tau hari ni. Kau apa tau. Boleh beli pampers anak saya satu pack besar ye. Haha! - HF #harithfaisal
Selalunya, hari-hari saya cerita pasal panduan kewangan sempoi dan tip hartanah santai, kan. Hari ni buang tebiat sikit cerita pasal berjimat buat gambar passport pakai fon pulak.
Takpalah. Asalkan bermanfaat. Kan.
1. Kau ada smartphone, kan. Jadi kita pun kenalah jadi smart user. Kau masuk kat Play Store dan cari app "Photo Grid" ni. Percuma.
Kalau kau ada softcopy gambar passport yang lepas-lepas lagi senang, pakai yang tu sajalah. Kadang-kadang kau ada dapat CD orang kedai foto bagi untuk simpanan kau sendiri.
Oh ya. Lagi satu, jangan selfie pulak ya.
3. Kau pilih Potrait dan crop gambar kau ikut nisbah 3:4. Pastikan objek iaitu muka dan badan kita penuh 3/4 daripada gambar yang akan di"crop" tu.
Kalau dia kata RM5, memang sahlah kau kena kelepet dengan dia. Haha! Tapi, kalau dia jawab RM1, kau terus buat dengan dia. Minta dia print 2 keping gambar tadi pada saiz 4R.
Maka, kau akan dapat 16 keping gambar passport dengan harga RM2 saja. Memang jimat level tinggi ni. Dahlah senang pulak tu, kan. Nak tau berapa harga biasa dia?
[Harga biasa - paling murah]
4 keping: RM10
8 keping: RM16
12 keping: RM22
16 keping: RM28
Kau dah jimat RM26 tau! Tahniah!
Lain kedai, lain caj dia. Ada kedai yang caj sampai RM40 untuk 16 keping gambar passport, RM18 untuk 4 keping gambar passport pun ada. Wow! Nasiblah ya.
Kau pun bolehlah melangkah balik ke rumah dengan senang hati. Sampai di rumah, kau cari gunting yang tajam dan guntinglah mana-mana yang patut. Takkan nak kena tunjuk juga.
Haha!
BONUS!
SHARE kalau bermanfaat kat kaum kerabat kau.
- Siakap Keli
BACA: [Gambar] ‘Hantar Permohonan Kerja Atau Nak Berkenalan’, Ini Antara Contoh Kesalahan-Kesalahan E-Mail Dalam Mohon Pekerjaan
Demikianlah Artikel Jimat RM26 Duit Cuci Gambar, Lelaki Ini Kongsi Cara Macam Mana Nak ‘Edit’ Gambar Passport Guna 'Phone'
Anda sekarang membaca artikel Jimat RM26 Duit Cuci Gambar, Lelaki Ini Kongsi Cara Macam Mana Nak ‘Edit’ Gambar Passport Guna 'Phone' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/jimat-rm26-duit-cuci-gambar-lelaki-ini.html