link : Kebenaran kini terbukti - Ezlynn
Kebenaran kini terbukti - Ezlynn
KEMELUT rumah tangga penyanyi Ezlynn bakal berakhir apabila suaminya, Adam Fahmy menyatakan persetujuan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah semalam.
Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu kemudian menerusi laman Instagram (IG) memberitahu seolah-olah lega dengan keputusan tersebut.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik Ezlyn turut bersyukur kerana akhirnya semua orang sudah tahu kebenarannya.
Berikut kapsyen penuh yang ditulisnya:
"Yeay...done.. good day indeed...Alhamdulilah finally everyone knows the true now..."
Mahkamah menetapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes mereka.
Terdahulu Ezlyn telah memfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Januari lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kebenaran kini terbukti - Ezlynn
Anda sekarang membaca artikel Kebenaran kini terbukti - Ezlynn dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kebenaran-kini-terbukti-ezlynn.html