link : Kepimpinan Pakatan Harapan Hanya Perebutan Kuasa
Kepimpinan Pakatan Harapan Hanya Perebutan Kuasa
LUMUT – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pembentukan barisan kepimpinan Pakatan Harapan hanya suatu perebutan kuasa yang bakal mencelarukan keputusan parti tersebut.
Zambry berkata usaha membentuk pakatan tersebut tidak dapat dizahirkan secara jelas terutama mengenai kuasa pemutus antara pemimpin-pemimpin terbabit.
“Ada tiga struktur di atas, manakala ada lagi tiga struktur timbalan di bawah. Malah ada ketua umum, pengerusi dan presiden, boleh bayangkan dalam keadaan struktur teratas bagaimana dia nak membentuk keputusan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lumut di sini hari ini.
Pada Khamis, Pakatan Harapan terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut mengumumkan struktur kepimpinan baharunya dengan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.
Sementara itu, Zambry menganggap tujuh tindakan atau janji yang diumumkan Pakatan Harapan jika memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, sebagai ‘carca marba’ serta hanya auta dalam meraih undi rakyat yang mustahil untuk dilakukan.
Menteri Besar berkata matlamat asal pakatan tersebut hanya untuk menjatuhkan dan menjadikan seseorang sebagai perdana menteri tanpa melihat konteks yang lebih besar iaitu kepada negara.
“Kemudian diberikan janji, kalau mereka membentuk kerajaan dia janji dululah apa yang penting kepada rakyat. Contoh, kawal harga minyak. Macam mana nak kawal harga minyak, harga minyak bukan ditentukan Malaysia tetapi pasaran antarabangsa,” katanya. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Kepimpinan Pakatan Harapan Hanya Perebutan Kuasa
Anda sekarang membaca artikel Kepimpinan Pakatan Harapan Hanya Perebutan Kuasa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/kepimpinan-pakatan-harapan-hanya.html