Tun Mahathir cabar Hishammuddin bertanding di Langkawi

Tun Mahathir cabar Hishammuddin bertanding di Langkawi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir cabar Hishammuddin bertanding di Langkawi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir cabar Hishammuddin bertanding di Langkawi
link : Tun Mahathir cabar Hishammuddin bertanding di Langkawi

Baca juga


Tun Mahathir cabar Hishammuddin bertanding di Langkawi

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dicabar untuk bertanding pada pilihanraya akan datang di Parlimen Langkawi.

Cabaran itu dikemukakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jawapan balas terhadap cabaran yang dibuat Hishammuddin semalam.

"Saya cabar dia (Hishammuddin) bertanding di Langkawi. Saya fikirkan di Pekan ini ada benda yang pelik-pelik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Parlimen hari ini.

Sementara itu, Mahathir enggan berdebat dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi dan meminta Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu memujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengannya.

"Pergi pujuk 'boss' itu. Orang tua ini (merujuk kepada dirinya) bukan boleh buat apa dekat dia (Najib). Dia masih muda 60 tahun. Saya dah 92 tahun. Cakap pun dah tak betul.

"Dia takut lagi? Khairy Jamaluddin pun takut. Khairy orang muda dan suruh saya berhenti, tak boleh main politik. Orang muda boleh la lawan dengan orang tua," katanya.

Puad sebelum ini menyifatkan kesediaan Mahathir untuk berdepan dengan sesiapa sahaja dari pihak kerajaan dalam forum 'Nothing To Hide' merupakan satu penghargaan baginya.

Puad berkata forum itu merupakan platform terbaik baginya bersemuka dengan bekas perdana menteri itu untuk merungkai pelbagai persoalan berkaitan isu politik dan semasa.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tun Mahathir cabar Hishammuddin bertanding di Langkawi

Sekianlah artikel Tun Mahathir cabar Hishammuddin bertanding di Langkawi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir cabar Hishammuddin bertanding di Langkawi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/tun-mahathir-cabar-hishammuddin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :