link : (VIDEO) Wanita Tergamam Temui Ulat Sedang Bergerak-Gerak Dalam Ayam Goreng Yang Dibeli Dari Restoran Mamak
(VIDEO) Wanita Tergamam Temui Ulat Sedang Bergerak-Gerak Dalam Ayam Goreng Yang Dibeli Dari Restoran Mamak
KUANTAN - Perkara yang boleh mematahkan selera ketika sedang makan apabila kita terjumpa benda asing atau sesuatu yang tidak sepatutnya berada dalam makanan membuatkan kita tidak boleh makan kerana loya dan menjijikkan.
Kejadian ini telah berlaku kepada seorang wanita yang dipercayai ketika sedang ingin menikmati makan malam tetapi niatnya terbantut setelah menemui ulat hidup yang terdapat dalam ayam goreng yang telah dibelinya dari sebuah restoran.
Memetik laporan China Press, wanita terbabit yang dikenali sebagai Miss Chen dikatakan membeli 3 bungkus nasi briyani dari sebuah kedai yang dikenali sebagai restoran mamak yang baru sahaja beroperasi di bandar Kuantan pada jam 7 petang baru-baru ini.
Ms Chen dikatakan turut membeli kari kambing selain ayam goreng untuk santapan makan malam untuk kedua ibu bapanya yang berada di rumah. Namun, dia merasa kecewa setelah mendapati ulat sedemikian berada dalam makanan yang dibelinya itu di mana telah menyebabkan beliau terus berhenti daripada makan makanan berkenaan.
Menurut Ms Chen lagi, semuanya bermula apabila ayahnya ingin menjamah makanan tersebut tetapi mendapati ada benda asing yang telah mencemari ayam goreng berkenaan dan dipercayai masih hidup serta sedang bergerak-gerak yang menyebabkan ayahnya terus berhenti untuk makan.
Ekoran kejadian itu, Ms Chen telah pergi semula ke kedai mamak berkenaan untuk membuat aduan tentang ulat tersebut. Kakitangan restoran berkenaan telah meminta maaf kepadanya di atas kejadian berkenaan serta memulangkan semula sejumlah wang kepadanya.
Namun, Ms Chen telah membuat keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa supaya perkara yang sama tidak lagi akan berlaku kepada pelanggan lain. - www.koleksiviral.com
Demikianlah Artikel (VIDEO) Wanita Tergamam Temui Ulat Sedang Bergerak-Gerak Dalam Ayam Goreng Yang Dibeli Dari Restoran Mamak
Anda sekarang membaca artikel (VIDEO) Wanita Tergamam Temui Ulat Sedang Bergerak-Gerak Dalam Ayam Goreng Yang Dibeli Dari Restoran Mamak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/video-wanita-tergamam-temui-ulat-sedang.html