link : Ada RM23 Juta Dana Rakyat Disalahguna Bayar Gaji Pemain Selangor?
Ada RM23 Juta Dana Rakyat Disalahguna Bayar Gaji Pemain Selangor?
Ada isu terbaru pula dalam kes negeri Selangor apabila muncul dakwaan sebanyak RM23 juta dana rakyat telah disalahguna untuk membeli dan membayar gaji pemain profesional Persatuan Bolasepaj Selangor (FAS).
Lantaran itu, Penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda, Abdul Razak Ismail, mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut.
Katanya, Kerajaan Selangor yang diterajui PKR sepatutnya menggunakan hasil negeri untuk membayar gaji penjawat awam dan menyalurkan peruntukan untuk membantu rakyat.
“Hasil cukai yang dikutip dari rakyat sepatutnya dikembalikan kepada rakyat. Adalah tidak berbaloi duit sebanyak ini untuk beli dan bayar gaji pemain profesional.
“Contohnya gaji seorang pemain import FAS dikatakan mencecah RM60,000 sebulan. Malah jumlah RM23 juta hanya untuk uruskan sebuah pasukan bola sepak menimbulkan keraguan,” katanya.
Abdul Razak berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, pada Selasa.
Turut kelihatan bersama ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Abdul Razak juga menempelak dan mendakwa Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) adalah ‘wayang’ Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Alu untuk menutup kegagalan dan kelemahan dalam pebtadbiran Kerajaan Selangor.
Menurutnya, SELCAT adalah sesi ‘wayang’ untuk menutup kegagalan pentadbiran kerajaan negeri.
“Berdasarkan pengalaman kami, SELCAT ini tiada fungsi dan hanya membazir masa. Kononnya adakan pendengaran awam untuk selesaikan sesuatu isu, tetapi sebaliknya berlaku.
“Contohnya isu babitkan Paya Indah Wetlands dan perobohan gerai di Kampung Tok Muda pernah dibawa ke SELCAT, tetapi kerajaan negeri cuba tutup dan sembunyi fakta sebenar, jadi isu ini pun akan menjadi wayang di SELCAT,” katanya lagi. – pru14.tv

Demikianlah Artikel Ada RM23 Juta Dana Rakyat Disalahguna Bayar Gaji Pemain Selangor?
Sekianlah artikel Ada RM23 Juta Dana Rakyat Disalahguna Bayar Gaji Pemain Selangor? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ada RM23 Juta Dana Rakyat Disalahguna Bayar Gaji Pemain Selangor? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/ada-rm23-juta-dana-rakyat-disalahguna.html