HENTI JADIKAN AHLI POLITIK LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT SELANGOR

HENTI JADIKAN AHLI POLITIK LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT SELANGOR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HENTI JADIKAN AHLI POLITIK LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT SELANGOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HENTI JADIKAN AHLI POLITIK LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT SELANGOR
link : HENTI JADIKAN AHLI POLITIK LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT SELANGOR

Baca juga


HENTI JADIKAN AHLI POLITIK LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT SELANGOR

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa agar tidak menjadikan anak-anak syarikat kerajaan negeri sebagai tempat untuk memberikan keistimewaaan tertentu kepada ahli politik dari segi jawatan, pendapatan dan sebagainya.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop berkata tindakan Mohamed Azmin meletakkan ahli politik termasuk bukan dari Selangor dalam lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sehingga ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah amat dikesali.

Kata Ahmad Mua’adzam, perkara tersebut dilihat membelakangi kepentingan rakyat sehingga peranan sebenar anak-anak syarikat kerajaan negeri berubah demi mengutamakan keperluan ahli politik dan mengabaikan kebajikan rakyat seperti yang berlaku kepada PKNS.

“Kerajaan negeri yang sering mencanangkan soal kebajikan rakyat seharusnya tidak menjadikan anak syarikatnya termasuk PKNS sebagai tempat untuk mengaut keuntungan kepada ahli politik Pakatan Pembangkang.

“PKNS yang diwujudkan bertujuan menyediakan rumah mampu milik dan kos rendah kepada rakyat kini tidak lagi memenuhi matlamat asal penubuhan, sebaliknya hanya membangunkan projek perumahan kos tinggi demi mengaut keuntungan dan perkara ini jelas menafikan kebajikan rakyat di negeri ini,” katanya ketika dihubungi di Shah Alam, hari ini.

Tambahnya lagi, kerajaan Selangor yang telah dipimpin Pakatan Pembangkang selama hampir 10 tahun perlu membuktikan ketelusan dalam soal pentadbiran dengan meletakkan akyat sebagai keutamaan.

“Saya kesal dengan sikap kepimpinan Menteri Besar yang gagal menunaikan menifesto mereka pada pilihan raya umum lalu untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Hakikatnya bukan kebajikan rakyat yang dijaga sebaliknya kebajikan pemimpin pembangkang sendiri termasuk bukan dari Selangor pula yang dijaga. Perkara seperti ini membuktikan wujud amalan kronisme dalam pentadbiran sedia ada.”

Ahmad Mua’adzam turut berharap agar teguran Sultan Selangor berkenaan hal tersebut tidak akan dipandang sepi oleh pentadbiran kerajaan Selangor dan tindakan segera perlu diambil oleh pentadbiran Mohamed Azmin untuk memastikan matlamat asal penubuhan anak-anak syarikat kerajaan negeri kembali ke landasan sebenar.


Demikianlah Artikel HENTI JADIKAN AHLI POLITIK LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT SELANGOR

Sekianlah artikel HENTI JADIKAN AHLI POLITIK LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT SELANGOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HENTI JADIKAN AHLI POLITIK LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT SELANGOR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/henti-jadikan-ahli-politik-lembaga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :