ISTAF Akan Siasat Tindakan Indonesia Tinggal Gelangang

ISTAF Akan Siasat Tindakan Indonesia Tinggal Gelangang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISTAF Akan Siasat Tindakan Indonesia Tinggal Gelangang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISTAF Akan Siasat Tindakan Indonesia Tinggal Gelangang
link : ISTAF Akan Siasat Tindakan Indonesia Tinggal Gelangang

Baca juga


ISTAF Akan Siasat Tindakan Indonesia Tinggal Gelangang


KUALA LUMPUR – Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) akan meneliti semua laporan daripada pengadil dan menonton ulang tayang video sebelum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan skuad sepak takraw wanita Indonesia meninggalkan gelanggang semasa perlawanan menentang Malaysia, semalam.

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana pasukan Indonesia boleh menggunakan saluran yang betul seandainya ingin melakukan protes dan bukannya bertindak memberhentikan perlawanan dan meninggalkan stadium begitu sahaja.

“Jadi kita akan meneliti semua laporan daripada pengadil termasuk melihat kepada ulang tayang video sebelum menjatuhkan hukuman terhadap republik itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Menurutnya, Indonesia mungkin telah melakukan kesalahan di bawah paraturan 9.7 buku teknikal sepak takraw yang dikeluarkan oleh MASOC (Jawatankuasa Pengelola Malaysia).

Insiden itu berlaku sebagai tanda bantahan jurulatih Indonesia, Asry Syam terhadap keputusan pengadil Singapura, Mohd Radhi Che Mei membatalkan empat servis yang dilakukan oleh tekong dari negara itu, Lena, ketika mendahului set kedua dengan 16-10.

Tindakan Indonesia itu memberi kemenangan 2-0 secara pembatalan kepada Malaysia selepas pasukan tuan rumah menang set pembukaan dengan keputusan 22-20.

Sementara itu, isu penarikan diri pasukan Kemboja dalam acara beregu berpasukan lelaki hari ini tidak akan diambil tindakkan oleh ISTAF.

Menurut Abdul Halim, Kemboja sejak dari perlawanan pertama menentang Thailand sudah menyatakan hasrat tidak akan beraksi untuk keseluruhan acara berkenaan kerana mempunyai masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ISTAF Akan Siasat Tindakan Indonesia Tinggal Gelangang

Sekianlah artikel ISTAF Akan Siasat Tindakan Indonesia Tinggal Gelangang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISTAF Akan Siasat Tindakan Indonesia Tinggal Gelangang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/istaf-akan-siasat-tindakan-indonesia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :