Hajat Tak Kesampaian, Rizalman Reda Ketentuan Tuhan

Hajat Tak Kesampaian, Rizalman Reda Ketentuan Tuhan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hajat Tak Kesampaian, Rizalman Reda Ketentuan Tuhan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hajat Tak Kesampaian, Rizalman Reda Ketentuan Tuhan
link : Hajat Tak Kesampaian, Rizalman Reda Ketentuan Tuhan

Baca juga


Hajat Tak Kesampaian, Rizalman Reda Ketentuan Tuhan

Menerusi laporan Harian Metro, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim meluahkn rasa sedih kerana hajatnya untuk membawa pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menghuni di rumah yang dibinanya berhampiran pusat tahfiz itu tidak kesampaian apabila sebahagian daripada mereka terbunuh dalam tragedi kebakaran awal pagi semalam.

Rizalman, 46, berkata, rumah yang lengkap dengan kolam renang itu masih dalam pembinaan dan dijangka siap tidak lama lagi.

“Pastinya selepas ini setiap hari saya akan melalui pusat tahfiz ini. Walaupun ia amat menyedihkan, saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Rizalman juga salah-seorang penyumbang terbesar kepada pusat tahfiz berkenaan membabitkan wang tunai dan barang-barang keperluan.

Rizalman berkata, dia amat terkesan dengan kejadian itu salah-seorang anak angkatnya, Umar Nail, 15, pernah belajar di situ selama empat tahun sebelum dia membuat keputusan menghantarnya ke Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Negeri Sembilan.

“Umar pernah belajar di situ dan apabila mendapat berita mengenai kebakaran itu pada jam 8 pagi tadi, pada mulanya saya tidak percaya sehingga saya minta keluarga yang berkongsi berita itu tunjukkan saya gambar bangunan pusat tahfiz itu.

“Apabila mendapat tahu ia memang pusat tahfiz yang pernah Umar belajar dulu, badan saya terus menggigil,” katanya.

Selain Umar, Rizalman juga mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Aali Nail.

Rizalman berkata, banyak kenangan tersimpan di pusat itu, malah Ustaz Yusuf yang turut terkorban juga pernah mengajar Umar.

“Sejurus mendapat tahu perkara ini saya sempat ke lokasi bertemu pengetua dan mengucapkan salam simpati.

“Rasa sebak dan hari ini sepanjang hari saya kerap menangis kerana terlalu sedih. Mereka sudah rapat dengan saya.

“Setiap kali saya mengadakan apa saja majlis, Ustaz Yusof dan anak-anak ini akan hadir tanpa sebarang alasan,” katanya sebak.

The post Hajat Tak Kesampaian, Rizalman Reda Ketentuan Tuhan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hajat Tak Kesampaian, Rizalman Reda Ketentuan Tuhan

Sekianlah artikel Hajat Tak Kesampaian, Rizalman Reda Ketentuan Tuhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hajat Tak Kesampaian, Rizalman Reda Ketentuan Tuhan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/hajat-tak-kesampaian-rizalman-reda.html

Subscribe to receive free email updates: