Siapa Sebenarnya Kleptokrasi, BN Ataupun Pakatan Harapan?

Siapa Sebenarnya Kleptokrasi, BN Ataupun Pakatan Harapan? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Sebenarnya Kleptokrasi, BN Ataupun Pakatan Harapan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa Sebenarnya Kleptokrasi, BN Ataupun Pakatan Harapan?
link : Siapa Sebenarnya Kleptokrasi, BN Ataupun Pakatan Harapan?

Baca juga


Siapa Sebenarnya Kleptokrasi, BN Ataupun Pakatan Harapan?

Nampaknya, Pakatan Harapan sekali lagi mahu mengadakan satu himpunan yang boleh dianggap membuang masa. Jika sebelum ini mereka berbangga dengan himpunan BERSIH dengan memperjuangkan pilihan raya bersih dan kerajaan yang bersih dari sebarang unsur rasuah, kali ini, dengan tujuan yang sama, mereka mengetengahkan istilah kleptokrasi sebagai wadah terbaru mereka.

Secara amnya, kleptokrasi ini membawa maksud sebuah kerajaan yang mencuri hasil kekayaan negara untuk kepentingan sesetengah individu sahaja. Dalam bahasa mudahnya, kleptokrasi ini membawa maksud sebarang kegiatan rasuah, kezaliman dan diskriminasi. Mungkin juga mereka mengambil nama satu daripada jabatan yang ada di bawah Department of Justice of America, Kleptocracy Asset Recovery Initiative yang ditubuhkan pada 2010.

Melihat kepada maksud kleptokrasi di atas, timbul persoalan, adakah benar dakwaan para pemimpin pembangkang bahawa kerajaan hari ini mengamalkan kleptokrasi sehingga memaksa mereka mengadakan demo “Selamatkan Malaysia Anti Kleptokrasi” di Padang Timur, Petaling Jaya, Sabtu ini?

Kita boleh lihat sendiri apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara walaupun kerap kali di fitnah dan di sabotaj oleh pembangkang. Mereka begitu kerap memainkan fitnah kononnya Datuk Seri Mohd Najib telah mencuri wang negara melalui 1MDB sedangkan sehingga hari ini, mereka masih gagal mengemukakan walau satu pun bukti yang menyokong dakwaan mereka.

Lebih melucukan, mereka sedaya upaya cuba merosakkan ekonomi negara dengan pelbagai dakyah dan cubaan mengheret kuasa asing mencampuri urusan pentadbiran negara. Lihat sahaja bagaimana mereka cuba untuk menggunakan kuasa DoJ dengan cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal 1MDB yang sehingga hari ini masih belum difailkan di mana-mana mahkamah di Amerika Syarikat.

Malah, semua dasar-dasar kerajaan hari ini lebih mengutamakan keperluan dan kebajikan rakyat yang tahu erti bersyukur seperti pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Klinik Rakyat 1 Malaysia, PR1MA dan banyak lagi bantuan terus daripada kerajaan. Jika ada yang terlibat dalam salah laku rasuah, SPRM sendiri akan mengambil tindakan dan kerajaan langsung tidak masuk campur dengan urusan sebegini.

Lain pula halnya dengan pembangkang. Nama-nama seperti Lim Guan Eng, Phee Boon Poh, Tun Dr Mahathir dan ramai lagi kini sedang berhadapan dengan siasatan dari pelbagai pihak berhubung salah laku yang mereka lakukan. Guan Eng contohnya, dia sendiri berhadapan dengan 2 tuduhan penyelewengan dan salah guna kuasa. Justeru, layakkah orang-orang seperti mereka melaungkan anti kleptokrasi?

Itu belum lagi mengaitkan beberapa kegagalan projek dan kehilangan berbilion-bilion Ringgit oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan PKR Selangor. Projek terowong dasar laut yang menelan belanja lebih RM 300 juta, skandal UNISEL, cadangan pembinaan jambatan Pulau Pinang ke 3, penarahan bukit, DEIG dan banyak lagi sehingga kini masih belum mampu dijawab oleh mereka.

Adakah senarai-senarai di atas ini bukan menggambarkan tingkah laku dan amalan kleptokrasi tahap tertinggi oleh semua pemimpin Pakatan Harapan? Justeru, mereka sebenarnya langsung tidak layak untuk melaungkan slogan Selamatkan Malaysia anti Kleptokrasi kerana diri mereka sendiri dilumuri oleh 1001 skandal yang mereka sendiri cipta dan mereka sendiri gagal untuk jawab.


Demikianlah Artikel Siapa Sebenarnya Kleptokrasi, BN Ataupun Pakatan Harapan?

Sekianlah artikel Siapa Sebenarnya Kleptokrasi, BN Ataupun Pakatan Harapan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa Sebenarnya Kleptokrasi, BN Ataupun Pakatan Harapan? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/siapa-sebenarnya-kleptokrasi-bn-ataupun.html

Subscribe to receive free email updates: