link : BANJIR: GUAN ENG SALAHKAN KEDAH...LAGI NAK TUNDING JARI
BANJIR: GUAN ENG SALAHKAN KEDAH...LAGI NAK TUNDING JARI
Ketua Menteri, Lim Guan Eng seolah-olah menuding jari kepada Kedah berikutan kejadian banjir yang menimpa negeri ini, Sabtu lalu sehingga menyebabkan lebih 100 kawasan dinaiki air dan menyebabkan tujuh individu terkorban.
Guan Eng berkata, kejadian banjir yang membimbangkan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) sepatutnya berakhir kerana fenomena hujan lebat telah berhenti, namun bencana berkenaan masih belum selesai kerana menerima limpahan air dari Kedah.
Menurut beliau, air banjir kira-kira setinggi tiga kaki itu telah menyebabkan lebih 12,500 mangsa dari 35,000 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
“Keadaan banjir di kebanyakan tempat di negeri ini sudah mulai surut melainkan beberapa kawasan di SPU dan SPT yang menerima air dari Kedah. Banjir di negeri itu (dan melimpah ke negeri ini) merupakan faktor yang besar.
“Selama ini Pulau Pinang perlu bayar untuk bekalan air yang dibekalkan Kedah. Adakah kali ini mereka akan bayar kepada kita untuk limpahan air (banjir) ini juga? Apa lagi kita boleh buat? Itulah bala yang terpaksa dihadapi negeri ini,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Pada masa sama, Guan Eng turut menyalahkan Jabatan Meteorologi yang didakwanya gagal memberi amaran awal kepada penduduk negeri ini apabila mengumumkan amaran merah pada pukul 9.30 malam, 4 November lalu iaitu beberapa jam sebelum bencana berlaku.
Guan Eng yang juga ADUN Air Puteh berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyediakan diskaun cukai pintu sebanyak 10 peratus untuk semua hartanah dan melibatkan kos RM40 juta.
Pada masa sama, pihaknya mengumumkan Sabtu dan Ahad ini sebagai Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit di bahagian pulau dan Seberang Perai bagi memberikan pertolongan kepada mangsa banjir dalam pelbagai bentuk dan cara. – UTUSAN ONLINE

Demikianlah Artikel BANJIR: GUAN ENG SALAHKAN KEDAH...LAGI NAK TUNDING JARI
Sekianlah artikel BANJIR: GUAN ENG SALAHKAN KEDAH...LAGI NAK TUNDING JARI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BANJIR: GUAN ENG SALAHKAN KEDAH...LAGI NAK TUNDING JARI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/banjir-guan-eng-salahkan-kedahlagi-nak.html